SYAMEL dan pasangannya yang juga penyanyi Ernie Zakri, sudah bertunang, petang semalam. FOTO IG
SYAMEL dan pasangannya yang juga penyanyi Ernie Zakri, sudah bertunang, petang semalam. FOTO IG
Georgie Joseph


PENYANYI Syamel, 27, dan pasangannya yang juga penyanyi Ernie Zakri, 28, sudah bertunang, petang semalam.

Sepakat mengumumkan berita pertunangan mereka di Instagram masing-masing hari ini, majlis ringkas itu berlangsung di kediaman keluarga Ernie.

Meskipun majlisnya sederhana, acara pertunangan itu berlangsung meriah dengan kehadiran kedua-dua pihak keluarga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Syamel atau nama sebenar Syamel Aqmal Mohd Fodzly berkata agak gementar apabila bertunang, namun bersyukur hajat dia dan Ernie akhirnya termakbul juga.

"Memang gementar memandangkan alam pertunangan ini banyak dugaannya. Namun, Alhamdulillah selamat juga saya bertunang dengan Ernie.

"Kami berjanji akan terus menjaga batas hubungan selepas ini. Doakan hubungan kami berakhir di jenjang pelamin dan terima kasih tidak terhingga atas doa-doa peminat juga," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun, mendedahkan mereka belum berbincang mengenai tarikh pernikahan.

"Perbincangan mengenai perkahwinan hanya akan dibuat kemudian. Kalau boleh memang nak dipercepatkan, kerana kami tidak mahu bertunang lama-lama," katanya.

Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada pihak Ernie dalam majlis itu.

Syamel dan Ernie mula berkenalan selepas terbabit dalam program realiti Duo Star beberapa tahun lalu. Kemesraan mereka turut menjadi Namun, hubungan mereka yang makin mesra menjadi teka-teki  selama ini, apakah  betul-betul bercinta?

Melalui ikatan pertunangan itu dan pengakuan Ernie kepada media baru-baru ini, nampaknya melenyapkan segala tanda tanya status hubungan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2020 @ 1:49 PM