RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William
RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William
Sudirman Mohd Tahir


SELEPAS pelakon Luna Maya, Prilly Lutuconsina dan beberapa artis terkenal lain berkongsi kediaman mewah didiami, terbaharu giliran penyanyi terkenal, Datuk Seri Rossa pula berbuat sedemikian.

Rossa, 42, atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani muncul pada program Di Balik Pintu terbitan pengacara, Boy William yang ditayangkan di saluran YouTube Boy William, semalam.

Rossa berkata, rumah itu berkonsepkan vila yang memberikan ketenangan buat dirinya.

"Selamat datang ke rumah saya. Saya menerapkan ciri vila yang terbuka. Kerana saya sukakan jenis pulang saja ke rumah mahukan udara dan cahaya. Sebab itu ada banyak pokok.

"Rumah ini saya beli siap dengan rekaan sebegini. Kalau nak buat rumah ia menjadi lebih penat sebab memikirkan banyak perkara. Malah mungkin bajet akan lebih lagi," katanya.

Rumah mewah penyanyi lagu Hey Ladies itu turut menempatkan ruang karaoke untuk dirinya dan tetamu yang datang menyanyi.

RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William
RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William

"Saya buat ruangan ini supaya saya boleh menyanyi lagu penyanyi lain dan tak pernah nyanyi di tempat lain atau pentas," katanya.

Menerusi video itu, Rossa yang popular dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti turut membuat 'tour' di setiap ruangan yang ada termasuk bilik tidur utama.

Tidak ketinggalan Rossa turut menunjukkan beberapa ruangan yang menempatkan pakaian, tas tangan, aksesori dan kasut berjenama.

Bagaimanapun, dalam video itu Rossa tidak menyatakan nilai rumah yang didiami itu.

RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William
RUMAH mewah Rossa. FOTO ihsan YouTube Boy William

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Julai 2020 @ 10:23 AM