BLACKPINK
BLACKPINK
Agensi

 

KEMUNCULAN kumpulan BLACKPINK menerusi single dan muzik video terbaharu, How You Like That benar-benar mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Dalam tempoh 19 jam selepas dilancarkan sejak semalam, MV itu sudah mencecah tontonan lebih 67 juta di saluran YouTube BLACKPINK selain terus berada di tangga teratas carta trending.

Selain paparan MV dan set yang menarik, seperkara yang turut mencuri perhatian adalah gaya rambut setiap anggota BLACKPINK iaitu Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo.

Berikut disenaraikan sembilan gaya rambut yang terdapat dalam MV itu.

1. Gabungan rambut 'blonde' dan hitam dihiasi dengan manik-manik berkilauan menjadikan Jennie makin menyerlah.

2. Selepas sekian lama tampil dengan rambut 'blonde', kini Rose hadir dengan rambut 'silver icy' yang mempesona.

3. Jennie juga menggayakan rambut keriting yang begitu 'bold'.

4. Penuh nuansa merah, Jisoo tampil bak rambut dengan rambut terurai dan dua 'poni' panjang.

5. Rambut bak Cleopatra daripada Lisa ini menjadi bahan perbincangan di laman sosial.

6.  Lisa tampak dua kali mengenakan rambut palsu dalam MV ini. Pertama rambut ala Hime warna merah.

7. Tidak hanya 'silver icy', Rose juga tampak makin cantik dengan rambut pastel ungu.

8.  Jennie juga memilih tampil dengan rambut 'bob'. Sangat cantik!

9. Lisa juga mengenakan rambut palsu panjang warna merah jambu cerah yang begitu ceria.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Jun 2020 @ 1:08 PM