Alicia Amin
Alicia Amin
Syafil Syazwan Jefri

 

MODEL dan pelakon Alicia Amin menerusi Twitter berkongsi tangkap layar komen yang ditulis bapanya sebagai balasan kepada netizen yang mempersoalkan agama dianutinya.

Komen itu ditulis bapanya, Raja Amin selepas ada netizen yang bertanya sama ada Alicia beragama Islam atau tidak pada satu gambar yang dimuat naik adiknya di Instagram.

"Awak tu Islam ke? Islam tak ajar buka aib orang di khalayak ramai? Setiap orang itu keburukannya, kita kenalah doa (supaya) Allah berikan hidayah.

"Nampak sangat awak tu sama ada nak cuba dapat publisiti atau awak ingat awak lebih baik daripada semua," tulisnya dalam komen balas itu.

Menurutnya, tindakan individu yang mempersoalkan status agama anaknya itu sesuatu yang tidak kena pada tempat.

"Cuba duduk diam-diam atau kena 'block' saja. Bodoh dan sombong tak kena pada tempat," tulisnya.

Di Twitter, bekas peserta Asia's Next Top Model musim kelima itu menulis kapsyen ringkas mengiringi tangkap layar yang dimuat naik.

"Ayah saya tak main-main," yang disertakan dengan emoji.

Komen itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet lain. Rata-rata ramai yang menyokong tindakan Raja Amin yang disifatkan sebagai tindakan wajar seorang bapa untuk melindungi anaknya.

Tamat

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Jun 2020 @ 4:42 PM