BILLIE Eilish kembali bersemangat selepas mendapat sokongan dari peminat. FOTO AFP
BILLIE Eilish kembali bersemangat selepas mendapat sokongan dari peminat. FOTO AFP
Agensi

 

GARA-GARA menerima kecaman dan kritikan teruk di laman sosial Twitter dan Instagram beberapa tahun lalu, penyanyi, Billie Eilish mendedahkan pernah hampir membunuh diri.

Penyanyi lagu Don't Smile at Me itu menerusi temu bual bersama majalah GQ Magazine baru-baru ini berkata, dia kembali bersemangat apabila peminat tidak henti memberi sokongan buat dirinya.

"Saya pernah hampir nak bunuh diri disebabkan Twitter beberapa tahun lalu. Tapi saya kuat disebabkan ada peminat yang masih mempertahankan saya biarpun ada saja kritikan teruk diterima.

"Kritikan itu membuatkan diri saya kalah. Malah, saya juga pernah cuba menutup komen di Instagram tapi bila difikirkan semula, ruang komen itu hanya untuk orang yang kita ikuti dan rakan-rakan," katanya.

Menurut Billie, dia sedaya upaya untuk tidak membaca komen negatif.

"Kalau ada komen yang melampaui batas, mungkin kehidupan saya akan hancur. Saya cuba sedaya upaya untuk tidak membaca komen negatif," katanya. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2020 @ 10:16 AM