BTS
BTS
Agensi

SYARIKAT permainan Grampus dilaporkan menandatangani kontrak lesen global bersama agensi kumpulan popular Korea Selatan, BTS iaitu Big Hit Entertainment untuk menggunakan harta intelek (IP) BTS. 

Kerjasama yang diumumkan baru-baru ini menyaksikan Grampus kini memegang hak untuk mengembangkan sebuah permainan menggunakan IP berkenaan.

Ketua Grampus, Kim Jee In berkata, mereka bangga dapat wujudkan permainan itu atas nama BTS.

"Kami gembira dapat menunjukkan kualiti menawan BTS, artis paling hebat yang kita ada menerusi sebuah permainan stimulasi telefon pintar," katanya.

Sebuah sumber agensi itu turut memuji rakan kongsi mereka itu yang terkenal dengan kualiti terbaik menghasilkan permainan stimulasi.

Hakikatnya, Grampus juga sangat berjaya di pasaran global serta memiliki corak perniagaan cemerlang.

Syarikat terbabit ditubuhkan pada 2014 dan sudah menghasilkan banyak permainan termasuklah Cooking Adventure dan My Little Chef. Permainan terbaru mereka menampilkan BTS itu dijangka akan dilancarkan tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 1:13 PM