RAMAI jemaah hadir solat jenazah untuk arwah Syed Umar Mokhtar.
RAMAI jemaah hadir solat jenazah untuk arwah Syed Umar Mokhtar.
Norhayati Nordin


ERTI persahabatan yang rapat dan sukar diungkap dengan kata-kata.

Itulah yang mungkin gambaran perasaan Fad Bocey yang tidak dapat menziarah jenazah Abam Bocey kerana bercuti bersama keluarganya di Tokyo, Jepun.

Fad yang tidak mahu ketinggalan mengucapkan 'selamat jalan' ke negeri abadi buat rakannya itu membuat perkongsian foto di Instagram.

Pada kapsyen foto di masjid yang dimuat naik itu, Fad menulis, “mudah dan hebat bahagian kau, Bam. Ramai yang sayang pada kau, apatah lagi aku. Kalau nak dihurai perasaan ini, terlalu banyak sahabat. Insya-Allah, esok aku ziarah kau ye. Assalammualaikum. Al Fatihah , Syed Umar Mokhtar," tulisnya.

Dalam perkongsian terdahulunya di Instsgram, Fad yang membuat panggilan video dengan seorang lagi sahabatnya, Achey menulis, "aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir. Maafkan aku.

"Ya Allah, ampuni dia. Kau rahmati dia ya Allah. Mudahkan urusan dia ya Allah. Maafkan aku, sahabat," tulisnya.

Rata-rata pengikut Fad di Instagram termasuk rakan artis menitipkan semangat untuk dia kuat dan tabah menghadapi ujian Allah itu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7.15 pagi.

Jenazah Abam dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak jam 7.20 malam hari ini.

Kenangan mi rebus Abam Bocey

Abam Bocey meninggal dunia

'Kenapa kau pergi dulu Bam?'

'Kepala Abam sakit bagai dicucuk-cucuk': Norwahidah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Februari 2020 @ 9:38 PM