BABY Shima anggap apa yang dilalui sebagai satu cabaran sihat untuk memastikan kerjaya di Indonesia terus berkembang. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
BABY Shima anggap apa yang dilalui sebagai satu cabaran sihat untuk memastikan kerjaya di Indonesia terus berkembang. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
Najiy Jefri


PENYANYI tanah air yang mencipta nama di Indonesia, Baby Shima mengakui bukan mudah untuk ‘mencari makan’ di negara orang.

Shima ketika ditemui di Jakarta, Indonesia baru-baru ini berkata, meskipun sudah hampir tiga tahun mengintai peluang dalam industri seni Indonesia, dia bagaimanapun masih sukar untuk membina nama di sana.

“Ya Allah, bukan satu hal yang mudah. Sangat susah untuk kekalkan momentum kerjaya di Indonesia.

“Setiap hari ada saja kehadiran penyanyi baru yang datang dengan pakej cukup lengkap. Kebanyakan penyanyi di sini mempunyai vokal yang baik serta memiliki penampilan jelita,” katanya.

Menurut Shima, memandangkan dia perlu memastikan kehadirannya terus diingati dan relevan dia sentiasa menjaga pemakanan serta bentuk tubuh.

“Saya anggap apa yang dilalui sebagai satu cabaran sihat untuk memastikan kerjaya di Indonesia terus berkembang.

“Justeru saya akan ‘pasang badan’ dengan mengambil pemakanan yang betul serta menjaga kesihatan.

“Malah kalau berat badan naik, syarikat pengurusan juga akan tegur supaya saya diet dan dapatkan bentuk badan ideal,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Disember 2019 @ 4:45 PM