DARI kiri, Amy, Zuar,Jeff dan Mael
DARI kiri, Amy, Zuar,Jeff dan Mael
Ridzuan Abdul Rahman


AGAK sukar untuk peminat di Kedah menyaksikan konsert kumpulan heavy metal terkenal XPDC Kita Peng Yu di negeri mereka.

Beberapa bulan lalu kumpulan terbabit cuma dijemput beraksi untuk karnival jualan kecil di Sungai Petani.

Bagaimanapun, sudah rezeki Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) apabila ditawarkan beraksi dalam Konsert Living Legend XPDC Kita Peng Yu yang berlangsung di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Sabtu ini.

Zuar berkata, XPDC amat bertuah kerana mendapat kepercayaan penganjur, AOR Festival untuk beraksi dalam konsert ini.

“Kami diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert dalam dewan yang boleh memuatkan sekitar 7,000 penonton. Ia satu peluang keemasan untuk kami bertemu peminat di sana.

AYA tersendiri peminat setia XPDC Kita Peng Yu yang sering hadir menyaksikan persembahan mereka.
AYA tersendiri peminat setia XPDC Kita Peng Yu yang sering hadir menyaksikan persembahan mereka.

“Ternyata mereka dah lama menunggu kedatangan XPDC kerana sehingga sekarang, penganjur mendapat respons sangat positif daripada promosi jualan tiket yang diadakan di seluruh pelosok Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan tempat lain.

“Jualan tiket turut dibuat di Kuala Lumpur kerana penganjur mengharapkan peminat dari seluruh Malaysia malah Brunei dan Singapura hadir menonton konsert ini,” katanya.

AMY ‘kaki pukul’ XPDC Kita Peng Yu.
AMY ‘kaki pukul’ XPDC Kita Peng Yu.

Menurutnya, penganjur memberi keistimewaan hanya mengenakan harga tiket RM50 sekiranya peminat membeli tiket pada masa sekarang berbanding harga RM60 yang dijual pada hari konsert berlangsung.

“Diharapkan peminat membeli tiket secepat mungkin untuk mendapatkan penjimatan ini.

“Kami berjanji akan menampilkan sebuah persembahan terbaik yang pasti dikenang peminat XPDC di sana.

“Dalam konsert ini, XPDC akan menyampaikan 12 lagu popular yang menjadi siulan peminat sepanjang masa,” katanya.

ZUAR janji XPDC Kita Peng Yu tampil persembahan terbaik.
ZUAR janji XPDC Kita Peng Yu tampil persembahan terbaik.

Sepanjang tahun ini XPDC Kita Peng Yu aktif mengadakan persembahan di pelbagai lokasi antaranya Konsert Gegar Utara Seberang Jaya, XPDC Solo di Panggung Asia Gombak, XPDC Unmetal & Metal di D’Saji Kuala Lumpur dan banyak lagi.

“Kami berharap peminat setia XPDC Kita Peng Yu akan ke Jitra untuk menikmati persembahan yang dianggap penutup tahun ini,” katanya.

Peminat di Lembah Klang boleh berurusan secara langsung untuk membeli tiket di XPDC merchandise, Uptown Kota Damansara.

Keterangan lanjut berkenaan konsert ini boleh didapati di Facebook Bro Yazid.

JEFF dengan petikan gitarnya.
JEFF dengan petikan gitarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 6:00 AM