PERSEMBAHAN, Naim Daniel pada Pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di Plaza Alam Sentral. FOTO Mahzir  Mat Isa.
PERSEMBAHAN, Naim Daniel pada Pusingan kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik 34 di Plaza Alam Sentral. FOTO Mahzir Mat Isa.
Syafil Syazwan Jefri


LAGU Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K diumumkan sebagai lagu terbaik di minggu kedua separuh akhir Muzik Muzik 34 (MM34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Naim yang juga penyanyi lagu itu ketika ditemui berkata, dia berbesar hati dengan penghargaan yang diberikan barisan juri tetap itu.

"Saya tak sangka Sumpah akan dipilih juri sebagai lagu terbaik pada malam ini. Penghargaan ini adalah satu hadiah besar buat saya," katanya kepada Harian Metro.

Sumpah adalah satu daripada 11 lagu yang bertanding. Lagu-lagu lain adalah Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Rampas (Akim & The Majistret), Pujaan Hati (Adira), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Teguh Setia (Muna Shahirah), Ragaman (Faizal Tahir), Pedih (Sarah Suhairi), Bekas Kekasih (Tomok) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli).

Semua lagu dinilai juri yang terdiri daripada komposer dan penerbit muzik terkemuka tanah air iaitu Faizal Uzir (Lok U), Aubrey Suwito, Ajai, Datuk Syafinaz Selamat, Aznul Hadi, Edrie Hashim dan Azmeer selaku ketua juri.

Separuh akhir MM34 diacarakan Sherry Alhadad dan Haziq Hussni dan bersiaran secara langsung di TV3.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 November 2019 @ 8:32 AM