NANI (kiri) dan Khir (kanan) antara artis yang pernah bekerjasama dengan arwah Pitt Hanif. FOTO Arkib NSTP
NANI (kiri) dan Khir (kanan) antara artis yang pernah bekerjasama dengan arwah Pitt Hanif. FOTO Arkib NSTP
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


"ARWAH banyak memberi tunjuk ajar supaya saya menjadi pelakon yang kental. Semoga ilmu yang dicurah mengalirkan pahala buatnya," kata pelakon, Sharifah Amani, 33, yang menghargai segala jasa pengarah filem, Pitt Hanif.

Allahyarham Pitt Hanif atau nama sebenarnya, Mohd Firdaus Mohd Hanif, 43, ditemui lemas di Sungai Jelai, Kuala Lipis, Pahang, kelmarin selepas bot gentian kaca dinaiki bersama rakannya, Sham Mokhtar, 38, tiba-tiba tidak berfungsi sebelum dibawa arus deras hingga merempuh tiang besi sebuah jambatan balak.

Sharifah Amani yang mesra dipanggil Nani berkata, dia mengenali arwah pada 2006 memandangkan mereka adalah alumni Sekolah Perfileman Yasmin Ahmad.

"Di mata Allahyarham, arwah disifatkan sebagai tangan kiri Yasmin kerana bakat dan kualitinya dalam pengarahan (filem dan drama).

"Saya masih terkenang kata-kata arwah yang mahukan saya menjadi pelakon 'degil' serta kental," katanya ditemui pada majlis pengebumian jenazah Pitt Hanif di AU2, Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, berkat tunjuk ajar dan nasihat arwah menjadikan dirinya seperti hari ini.

"Terima kasih Pitt, Nani amat merindui kamu," katanya sebak.

Menurut Nani, dia pernah bekerjasama dengan arwah dalam penghasilan filem Gubra pada 2006.

Menjadi anak seni bukannya mudah kerana memerlukan kesabaran dan ketahanan tinggi, itu antara nasihat arwah, kata Nani.

"Sepanjang mengenalinya, arwah seorang yang bijak mengurus masa dan memudahkan urusan orang lain, terutama ketika solat Jumaat.

“Dia amat disayangi ramai dan buktinya, ramai orang hadir pada majlis pengebumiannya," katanya.

Pelakon, Khir Rahman, 47, berkata, dia pernah bekerjasama dengan arwah dalam penghasilan 10 filem dan drama.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Pitt adalah sebelum Aidilfitri lalu selain membuat panggilan video kepadanya baru-baru ini.

"Menerusi panggilan video itu, kami sempat bergurau memandangkan dia seorang yang periang.

“Saya menyifatkan kematiannya sebagai pemergian contoh yang dirindui ramai," katanya.

Berita berkaitan

Rita mimpi seseorang tunjuk kedudukan arwah Pitt

Pitt Hanif selamat dikebumikan [METROTV]

Air mata ibu sambut kepulangan Pitt

[UPDATE] Mayat Pitt dijumpai terapung

'Pitt... maafkan mama' - Fauziah Nawi [METROTV]

'Saya masih perlukan dia'

Fauziah Nawi sabar menanti...

Pitt cuba berenang untuk selamatkan diri

[UPDATE] Radius 3km cari Pitt Hanif

'Saya tahu awak kuat Pitt' - Farah

Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 3:33 PM