ARASH terkilan dengan pendatang baru yang enggan mempelajari karakter dipertanggungjawabkan. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
ARASH terkilan dengan pendatang baru yang enggan mempelajari karakter dipertanggungjawabkan. FOTO Nur Adibah Ahmad Izam
Najiy Jefri


“PENGIKUT ramai di media sosial tidak bermakna anda bagus. Mereka mungkin nak lihat gaya hidup kamu sahaja tapi hasil seni. Kosong!!! Bila kena hentam mulalah nak meroyan,” luah pelakon senior Arash Mohd mengenai segelintir pelakon baru yang tidak mengambil serius terhadap kerjaya seni lakonan.

Dia membuat luahan terbabit di akaun Facebook miliknya apabila terkilan dengan pendatang baru yang enggan mempelajari karakter dipertanggungjawabkan.

Arash berkata, dia berharap pelakon baru yang mengintai peluang dalam bidang lakonan untuk lebih serius dan belajar teknik lakonan.

“Jangan datang set dengan isi kosong. Tak kenal watak sendiri. Tak nak ambil tahu watak sekeliling. Dah masuk dalam set tolong jangan main telefon bimbit.

“Cari ilmu dengan masuk kelas lakonan. Keluar sikit belanja untuk ilmu kerana seni ini tiada ternilai. Hargai bakat dan peluang yang ada. Kami dulu pun belajar bertanya pada senior. Kami jadi kawan dan saling hormat menghormati,” katanya.

Menurutnya, dia juga ingin berpesan kepada pendatang baru supaya menjaga maruah dan disiplin serta menghormati setiap kru yang terbabit.

“Ilmu tidak akan datang sendiri. Jaga maruah diri dan disiplin. Ingat, kita semua ada keluarga yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat.

“Bila di set, kru produksi adalah keluarga anda. Tak kiralah apa posisi mereka, perlu hormat. Ingat! Tanpa kru, pasukan produksi anda bukan siapa-siapa. Jadikan bidang seni ini sebagai pekerjaan profesional anda. Bukan sebab nak cari glamor atau populariti.

“Saya sendiri masih mencari dan belajar kerana ilmu ini tidak akan habis pencariannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Oktober 2019 @ 5:07 PM