PUTRA Amaris mahu kumpul maklumat lanjut mengenai dakwaan dia terbabit menjual jongkong emas palsu. FOTO Arkib NSTP
PUTRA Amaris mahu kumpul maklumat lanjut mengenai dakwaan dia terbabit menjual jongkong emas palsu. FOTO Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON, Putra Amaris menafikan dirinya terbabit dalam penjualan jongkong emas seperti yang diperkatakan warganet.

Pendedahan itu dibuat Putra Amaris, 34, atau nama sebenarnya Amran Ismail di Instagram (IG) selepas mendapat kiriman mesej peribadi (DM) di laman sosial itu.

“Saya terkejut sebab tiba-tiba saja nama dikaitkan. Jangan sebab saya menjalankan perniagaan lain, saya diheret dalam isu sebegini.

“Saya tidak mahu mengulas panjang dulu, sebab saya sedang mengumpulkan maklumat lanjut. Nak tahu juga daripada mana mereka dapat benda itu.

“Jika perkara ini sudah keterlaluan, saya akan fikirkan pula langkah seterusnya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Putra Amaris memuat naik beberapa DM pengguna laman sosial yang mendakwa dirinya menjual jongkong emas palsu.

Malah, ada yang menuntut supaya Putra Amaris mengembalikan semula wang mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 September 2019 @ 6:13 PM