SHIMA dan suami, Mohd Solih belum memilih sebarang nama untuk anak kedua mereka. FOTO Instagram Shima Anuar
SHIMA dan suami, Mohd Solih belum memilih sebarang nama untuk anak kedua mereka. FOTO Instagram Shima Anuar
Georgie Joseph


PELAKON Shima Anuar selamat bersalin cahaya mata keduanya iaitu bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Shima, 28, bersyukur kelahiran kali keduanya dipermudahkan serta gembira kini sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan.

“Alhamdulillah, semua okey dan saya melahirkan bayi lelaki seberat 2.88 kilogram. Saya gembira kini sudah mempunyai sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan.

“Anak pertama saya, Sophia, pastinya yang paling teruja mendapat adik. Semalam, dia pula yang runsing semacam menunggu kehadiran adiknya.

“Saya dan suami belum memilih sebarang nama untuk anak kedua ini. Kami masih fikirkannya lagi,” katanya yang bersalin secara pembedahan.

Pada Disember tahun lalu, pelakon drama Isteri Dalam Sangkar itu berkongsi berita gembira dia hamil anak kedua.

Menurutnya, berita itu datang tepat selepas Sophia mencecah usia setahun.

Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 2017 dan dikurniakan cahaya mata pertama Marian Sophia pada 12 Disember 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Ogos 2019 @ 5:18 PM