BAPA Ezad (kanan), Mohamad Lazim (kiri) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah jam 7.25 malam ini. FOTO Arkib NSTP dan Ihsan Ezad Lazim
BAPA Ezad (kanan), Mohamad Lazim (kiri) meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah jam 7.25 malam ini. FOTO Arkib NSTP dan Ihsan Ezad Lazim
Ridzuan Abdul Rahman


BAPA kepada penyanyi Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, jam 7.25 malam ini.

Berita sedih itu dikongsi oleh Ezad menerusi laman Instagram dan Facebook hari ini.

"6/8/19: Abah saya Allahyarham Mohamad Lazim Ismail kembali ke rahmatullah tepat jam 7.25 malam. Mohon sedekahkan al-Fatihah," tulisnya.

Terdahulu, Allahyarham Mohamad Lazim, 74, pernah dimasukkan ke hospital sama pada 20 Februari lalu selepas mengadu sakit dalam perut dan mengalami masalah sakit di bahagian pinggang.

Ezad, 39, pernah memberitahu, sebelum itu bapanya sudah seminggu mengadu sakit dan dibawa menjalani pemeriksaan doktor di klinik serta membuat fisioterapi.

Mohamad Lazim adalah seorang pemuzik yang pernah aktif bersama kumpulan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah dalam genre ghazal parti.

Solat jenazah akan diadakan di Masjid Taman Uda, Alor Setar dan majlis pengebumian dijangka sebelum solat Zuhur esok.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Ogos 2019 @ 10:02 PM