PERKONGSIAN Serina mengenai penampilan dirinya yang sudah berhijab menerusi akaun Instagram miliknya.
PERKONGSIAN Serina mengenai penampilan dirinya yang sudah berhijab menerusi akaun Instagram miliknya.
Cik Pang

PERKONGSIAN pelakon Serina Redzuawan mengenai penampilan dirinya yang sudah berhijab menerusi akaun Instagram miliknya menarik perhatian pengikutnya baru-baru ini.

Menurut anak Cef Selebriti, Chef Wan itu, dia membuat keputusan untuk bertudung sempena mengambil keberkatan Syawal yang masih diraikan ketika ini.

Rata-rata pengikutnya memuji penampilan baru Serina itu dan mendoakan semoga dia terus istiqamah.

Cik Pang juga memuji Serina kerana sejak bercerai dia tidak mengabaikan tanggungjawab memberi pendidikan agama kepada dua anaknya, Tristan Tareef O’luanaigh, 8, dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 7 tahun.

Malah, hati teman Cik Pang turut tersentuh melihat telatah dua anak Serina belajar solat lima waktu dengan ustaz yang datang ke rumah mereka menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Apapun, Cik Pang juga berharap semoga Serina terus diberi kekuatan kerana bukan mudah untuk membesarkan dua anaknya itu sejak bergelar ibu tunggal.

Difahamkan, Serina juga bekerja keras berniaga ketika ini demi membesarkan dua anaknya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Jun 2019 @ 8:02 AM