PENYANYI nasyid Fitri Haris.
PENYANYI nasyid Fitri Haris.
Amirul Haswendy Ashari


SELEPAS empat tahun bertungkus-lumus menyiapkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Nottingham, United Kingdom, penyanyi nasyid Fitri Haris berjaya melepasi sesi Viva Voce PhD iaitu sesi pembentangan dengan panel mengenai kajian yang dibuat.

Fitri yang menyambung pengajian ke peringkat PhD di universiti berkenaan dalam bidang Musicology pada 2015 berkata, dia berjaya melepasi sesi Viva Voce dan lulus dengan suntingan minor.

“Tahun ini cukup bermakna buat saya kerana selain mendapat PhD, kejayaan ini diserikan dengan sambutan Aidilfitri dan sambutan hari lahir ke-35 yang disambut pada tarikh sama, 5 Jun lalu,” katanya.

Juara Gema Gegar Vaganza 2018 itu sebelum ini pernah meluahkan hasrat mahu menabur bakti dalam bidang muzik nasyid sebaik saja lulus PhD.

Antara perancangannya adalah membuat pembentangan kajiannya dalam kalangan penggiat muzik lain tempatan mengenai genre nasyid.

Pembentangan itu akan diadakan dalam bentuk konsert khas yang bakal menghimpunkan beberapa penggerak nasyid tempatan pada Julai ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 11:46 AM