ARJA Lee terkejut cermin retak seribu.
ARJA Lee terkejut cermin retak seribu.
Amirul Haswendy Ashari.


PELAKON Arja Lee terpaksa membatalkan hasrat berniaga biskut raya di Maeps (Taman Ekspo Pertanian Malaysia) Serdang selepas cermin keretanya tiba-tiba retak seribu semalam.

Berkongsi peristiwa itu di laman sosialnya, Arja mengakui agak terkejut dan menyifatkan ia kejadian yang pelik.

“Allahu Hu Akbar dugaan Mu buat aku terkaku terdiam dan tak mampu berkata-kata. Asyik terfikir bagaimana, bila dan apakah ini?

“Petang tadi (semalam) dari Maeps bergerak ke KLCC untuk majlis iftar tak perasan apa-apa lagi tetapi sewaktu berhenti di stesen minyak untuk isi minyak dalam perjalanan balik ke Maeps terbantut dek kejadian ini, jadi balik rumah terus nampaknya,” tulis Arja di laman sosial Instagramnya.

Dia turut mempersoal kenapa ia berlaku pada cermin tingkap pintu belakang sebelah kanan saja.

Rata-rata pengikut laman sosial mendakwa peristiwa itu berpunca daripada terkena serpihan batu yang melantun ketika aktiviti potong rumput.

Malah ada juga mendakwa ia berpunca diketuk seseorang yang mungkin ada niat mencuri dan tidak kurang juga menyifatkan faktor suhu panas melampau dalam kereta menyebabkan ia berlaku.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2019 @ 3:42 PM