PRIYANKA Chopra akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwa hubungannya dengan Nick Jonas retak. FOTO Instagram Priyanka Chopra
PRIYANKA Chopra akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendakwa hubungannya dengan Nick Jonas retak. FOTO Instagram Priyanka Chopra
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Bollywood yang kini menempa nama di Hollywood, Priyanka Chopra bakal mengambil tindakan undang-undang kepada majalah yang menyiarkan berita kononnya, hubungannya dengan suami, Nick Jonas kini retak.

Menurut sumber terdekat Priyanka yang mengeluarkan kenyataan kepada media antarabangsa, sekiranya dia sudah membuat keputusan itu, tiada apa yang dapat menghalangnya.

“Bila dia dah buat keputusan, tiada apa yang boleh menghalangnya. Priyanka akan berbincang dengan penasihat undang-undangnya dan akan pastikan tabloid ini melutut meminta maaf,” katanya.

Sebelum itu, majalah yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu melaporkan, bintang Quantino itu kini dalam proses bercerai selepas 117 hari berkahwin dengan Nick.

Laporan itu juga mengatakan bahawa ahli keluarga Nick kini mula sedar mengenai gaya hidup dan sikap sebenar Priyanka.

Tambah laporan yang diterbitkan minggu lalu itu, pasangan itu juga kerap bertengkar kerana banyak perkara kerana baru melihat peribadi sebenar selepas berkahwin.

Bagaimanapun, sumber kepada pasangan itu berkata, berita itu hanyalah khabar angin untuk melariskan jualan majalah terbabit.

Ketika berita khabar angin itu tular, Priyanka dan Nick sedang bercuti bersama di Miami.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 April 2019 @ 5:39 PM