HISYAM berpendapat hubungan baik penerbit dan artis beri kesan positif ketika bekerja. Foto- AZIAH AZMEE
HISYAM berpendapat hubungan baik penerbit dan artis beri kesan positif ketika bekerja. Foto- AZIAH AZMEE
Sudirman Mohd Tahir


HUBUNGAN baik yang terjalin antara penerbit drama, pengarah dan pelakon bukan senario baru dalam bidang penerbitan drama.

Ada antara mereka ibarat hubungan keluarga selain menjadikan keakraban satu jalinan untuk terus bekerjasama dalam setiap drama mereka.

Tidak dinafikan, ada ketikanya perkara itu menimbulkan rasa cemburu dan kurang senang segelintir pihak. Maka bermulalah episod saling ‘menyampai’ dan memburukkan antara kedua-dua pihak.

Mengambil contoh apa yang berlaku terhadap hubungan pelakon Janna Nick dengan penerbit, Sheila Rusly, ia mengejutkan ramai.

Cuit Sikit minggu ini mendapatkan pandangan daripada penerbit dan pelakon mengenai kewajaran penerbit dan pengarah menjalin hubungan baik dengan pelakon.

Hisyam Hamid (Pelakon)

“Ada kebaikan jika seseorang penerbit menjalin hubungan baik atau rapat dengan artis. Suasana bekerja akan lebih seronok dan lancar. Dari segi kerja, ia memberi kesan positif.

Bagaimanapun, cabaran tetap wujud terutama nak membezakan hubungan baik antara penerbit dan pelakon atau majikan dengan pekerja serta di mana pula nak letakkan hubungan sebagai kawan.

Perkara ini ibarat garis nipis yang kadang-kadang susah untuk bersikap profesional. Jika satu pihak tidak bersikap rasional, ia boleh mengakibatkan perkara negatif. Pucuk pangkal kena berbalik kepada diri sendiri bagaimana nak kawal perkara itu.

Kalau boleh kita mahu ada hubungan baik dengan semua orang. Kalau mereka boleh bersikap profesional, ia bagus.”

Fadzil Teh (Penerbit)

“Saya baik dengan beberapa pelakon saja seperti Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan Izreen Azminda. Jika dengan pelakon lelaki, sekadar hubungan antara penerbit dan pelakon.

Boleh nak jalin hubungan baik atau rapat, cuma tak perlu rapat sangat dan kena ada jurang. Apabila terlalu rapat, bimbang jika terjadi apa-apa masalah dalam hubungan, itu cerita lain pula timbul.

Pendekatan yang saya gunakan adalah menggunakan khidmat pelakon berbeza dalam setiap drama. Saya nak kenal lebih ramai pelakon.”

MENURUT Andi Bernadee, menjaga batas pergaulan adalah hal yang sangat penting.
MENURUT Andi Bernadee, menjaga batas pergaulan adalah hal yang sangat penting.

Ruhainies (Pelakon)

“Wajar jika penerbit dan pengarah menjalin hubungan baik dengan pelakon. Ini kerana kita bekerja dalam bidang sama untuk jangka masa panjang. Takkan kita mahu bekerja dalam suasana yang tidak gembira.

Perkara ini sesuatu yang positif dan tidak ada masalah pun. Malah, kalau menjadi lebih rapat pun lagi bagus. Cuma, jangan sampai menjalin hubungan ke arah yang tidak elok.”

RUHAINIES
RUHAINIES

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mac 2019 @ 4:30 AM