SUHAIMI (kanan) faham niat baik dan tujuan Hafiz (kiri) menegurnya. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Hafiz Hamidun
SUHAIMI (kanan) faham niat baik dan tujuan Hafiz (kiri) menegurnya. FOTO Arkib NSTP dan Instagram Hafiz Hamidun
Syanty Octavia Amry


BEKAS anggota kumpulan Inteam, Suhaimi Saad menghargai nasihat dan teguran yang diberikan oleh penyanyi Nasyid, Hafiz Hamidun.

Suhaimi ketika dihubungi berkata, dia faham niat baik dan tujuan Hafiz berbuat demikian.

"Dia sayang dan faham situasi serta cara kerja kami. Sebab kami memang berkawan rapat dan saya sangat menghargai perkara ini.

"Ketika Hafiz diuji dengan kontroversi dan fitnah, saya juga melakukan perkara yang sama kepadanya dengan menasihati dan memberi semangat," katanya.

Suhaimi berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Hafiz itu adalah tindakan yang baik dan sepatutnya dilakukan.

"Dia memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada saya. Tidak hanya menilai, mengecam dan menghukum daripada jauh seperti yang dilakukan oleh orang lain," katanya.

Terdahulu, Hafiz menerusi Instagram miliknya mendedahkan ada berhubung dengan Suhaimi untuk bercakap mengenai kenyataan dibuat olehnya yang mengundang kecaman warganet sebelum ini.

Menerusi Instastory itu, Hafiz berkata niat asalnya menghubungi Suhaimi untuk memberitahu bumi ini bulat.

"Saya tak jadi bercakap pasal bumi bulat, saya terus suruh dia berhenti buat kenyataan atau jawab apa-apa lagi.

“Lagi banyak kita bercakap, lebih banyaklah akan terdedah. Kalau yang baik tak apa juga, ini kalau benda tak baik, itu yang parah,” tulisnya.

Berita berkaitan

'Hafiz nasihat Suhaimi jangan panjangkan isu'

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Februari 2019 @ 10:32 PM