FIZA sedikit sedih tidak dapat bersalin normal namun bersyukur dia dan bayinya dalam keadaan yang baik. FOTO Fiza Frizzy
FIZA sedikit sedih tidak dapat bersalin normal namun bersyukur dia dan bayinya dalam keadaan yang baik. FOTO Fiza Frizzy
Georgie Joseph


PENGACARA Fiza Frizzy mendedahkan dia terpaksa melupakan hasratnya bersalin normal dan menggunakan kaedah bersalin secara pembedahan apabila melahirkan bayi lelakinya seberat 3.64 kilogram, Isnin lalu.

Fiza, 30, berkata, dia sedikit sedih tidak dapat bersalin normal namun cukup bersyukur dia dan bayinya yang dinamakan Mohd Faeeq Zuhayr berada dalam keadaan baik.

“Proses melahirkan Mohd Faeeq tidaklah lancar sebagaimana yang saya harapkan. Sebenarnya saya teringin sangat nak bersalin secara normal.

“Bagaimanapun, disebabkan bahagian serviks saya sudah bengkak, terpaksalah bersalin secara pembedahan. Lagipun saiz bayi agak besar dan saya tidak mahu merisikokan keselamatan diri serta bayi saya,” katanya.

Menurut Fiza lagi, dia sebenarnya mahu menunggu dan bersalin semalam supaya anaknya berkongsi tarikh lahir dengan suaminya.

“Sepatutnya induksi perlu dibuat pada Selasa lalu supaya saya boleh bersalin semalam. Tapi nampaknya bayi saya tak sabar-sabar nak keluar,” katanya.

Mohd Faeeq adalah cahaya mata sulungnya hasil perkongsian hidup dengan suaminya Mohd Fazli Zulkifli. Fiza mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Kuantan FA itu pada 18 Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 November 2018 @ 12:22 PM