ZIANA Zain tampil vokal memukau.
ZIANA Zain tampil vokal memukau.
KARD dapat sambutan hebat. FOTO/ZUNNUR ALS AHFIQ
KARD dapat sambutan hebat. FOTO/ZUNNUR ALS AHFIQ
Najiy Jefri


LEBIH 10,000 penonton memeriahkan konsert Lazada 11.11 Super Show di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Paling mendapat sorakan gemuruh dalam konsert berdurasi hampir tiga jam itu ialah kumpulan popular dari Korea Selatan iaittu KARD.

Menampilkan tiga lagu termasuk Don’t Recall, persembahan KARD menjadi penutup yang bertenaga dalam konsert berkenaan.

Dianggotai BM, J.Seph, Jeon So-Min dan Jeon Ji-Woo, empat anak muda itu turut melahirkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan peminat di Malaysia.

BM dalam temu bual bersama RAP berkata, mereka tidak sangka KARD yang baru saja ditubuhkan pada 2016 berjaya memikat hati pendengar muzik K-Pop di sini.

“Kami tidak sangka mempunyai ramai peminat di Malaysia. Apa yang membuatkan kami terharu adalah ketika tiba di lapangan terbang, ramai peminat berkumpul dan melambaikan tangan ke arah kami.

“Ini adalah konsert kali pertama kami di Malaysia. Kami sangat teruja menghiburkan peminat serta bertemu dengan mereka. Diharapkan anda semua sudi menerima kami di sini.

 GANDINGAN Bocey dan Wany Hasrita berjaya cuit hati penonton.
GANDINGAN Bocey dan Wany Hasrita berjaya cuit hati penonton.

“Kami berharap ia menjadi titik permulaan untuk terus datang ke sini dan mengadakan sesi ramah mesra bersama peminat,” katanya.

Tidak dilupakan, persembahan hebat daripada ratu rock Ella, Ziana Zain, Amy Mastura dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan menghangatkan program terbabit dengan lagu malar segar mereka.

Artis lain yang membuat persembahan termasuk Bunkface, Khai Bahar, Hazama, SonaOne, Altimet, Aman Ra, Aiman Tino, Sarah Suhairi, Wany Hasrita, Bocey, Haqiem Rusly, DeFam dan Naim Daniel.

Cakra ketika ditemui sebelum konsert berkata, dia berterima kasih kerana peminat Malaysia kerana masih terus setia bersamanya.

“Malaysia sudah diibaratkan sebagai rumah kedua. Saya seronok dapat menghiburkan peminat di sini.

Insya-Allah saya akan mengeluarkan single terbaru tahun depan,” katanya.

BUNKFACE antara dinanti penonton.
BUNKFACE antara dinanti penonton.

Tidak hanya sekadar nyanyian, Lazada 11.11 Super Show turut diserikan dengan permainan Berbalas Pantun Sunsilk bersama Maya Karin, Ropie Cecupak, Mark Adam, Ain Edruce dan Syifa Melvin dan segmen permainan bersama Drypers dengan Ayda Jebat, Puteri Aishah, Redza Rosli dan Khai.

Selain itu, acara terbabit diserikan dengan persembahan sketsa Bocey dan Wany Hasrita yang begitu mencuit hati ramai.

Keletah spontan mereka membuatkan stadium terbabit bergema dengan gelak tawa.

 ELLA turut mencuri tumpuan.
ELLA turut mencuri tumpuan.

Dihoskan Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, acara ‘countdown’ detik 12 malam Lazada 11.11 Super Show menjadi acara kemuncak yang dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Chistophe Lejeune dan Ketua Pemasaran Eksekutif Lazada, Andrew Gnananantham.

Menariknya, penonton di arena dan rumah yang menonton Lazada 11.11 Super Show berpeluang memenangi hadiah hebat termasuk dua kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung.

Selain itu, penonton diperkenalkan dengan ciri khas yang dinamakan Shake It dan Slash It dalam aplikasi Lazada untuk mendapatkan potongan harga lebih rendah dari biasa.

 HAZAMA dan Khai Bahar.
HAZAMA dan Khai Bahar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 November 2018 @ 8:03 AM