Michelle Gun


ANUGERAH Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) yang bersiaran secara langsung di TV3 malam Ahad lalu meraih 6 juta penonton.

Pencapaian itu menandakan acara berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu memonopoli 41.3 peratus syer waktu udara sekaligus menandingi program televisyen bersiaran pada waktu sama.

Selain televisyen, acara tahunan itu ditonton hampir 600,000 penonton ketika bersiaran secara langsung di akaun YouTube TV3 serta akhbar Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.

Manakala suapan langsung di akaun Facebook tiga akhbar berkenaan meraih sebanyak 263,646 tontonan.

Di portal penstriman tonton dan tonton xtra pula memperoleh sebanyak 140,510 tontonan.

Secara keseluruhan, siaran ABPBH31 di saluran digital mencecah 1 juta tontonan.

Malam kemuncak ABPBH31 menyaksikan penyanyi Wany Hasrita diangkat Anugerah Bintang Paling Popular dan membawa pulang kereta Citroen Picasso C4 beserta trofi.

Acara bertujuan memberi pengiktirafan kepada penggiat seni tanah air di samping memberi peluang kepada peminat dan pengikut setia Berita Harian untuk memilih artis popular.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Oktober 2018 @ 5:43 PM
Reaksi Wany Hasrita diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular. FOTO SURIANIE MOHD HANIF
Reaksi Wany Hasrita diumumkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular. FOTO SURIANIE MOHD HANIF