DATUK Seri Siti Nurhaliza berzumba bersama Sitizoners pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Istana Budaya. FOTO Mahzir Mat Isa
DATUK Seri Siti Nurhaliza berzumba bersama Sitizoners pada program #FANtastik Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Istana Budaya. FOTO Mahzir Mat Isa
Rudy Imran Shamsudin


PENYANYI popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza mempamerkan busana yang pernah digayakan sewaktu memenangi Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) sebanyak tujuh kali.

Busana terbabit dipamerkan di gerai milik peminatnya, Siti Zoners bersempena dengan acara #FANtastik dan pengumuman pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular BH ke-31 (ABPBH31) di Perkarangan Istana Budaya.

Acara santai membabitkan artis dan peminat itu diadakan bagi menghangatkan lagi penganjuran ABPBH31 yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), 7 Oktober ini.

Siti yang di temui, di sini, hari ini berkata, dia mempamerkan pakaian yang pernah digayakan di majlis berprestij itu bagi mengimbau kenangan atas kejayaan besar pernah di raih di ABPBH sebelum ini.

Selain busana Siti, turut mempamerkan trofi yang dimenangi untuk tatapan peminat dengan lebih dekat.

"Saya berkongsi dengan peminat kerana mereka tidak pernah jemu menyokong. Walaupun penyanyi baru ramai muncul tetapi mereka tetap bersama saya," katanya.

Siti yang baru melancarkan single terbaru Anta Permana juga bersama ahli Siti Zoners turut berzumba bersama bagi memeriahkan acara.

Selain kelab peminat Siti Nurhaliza, kelab peminat artis lain yang turut menyertai acara #FANtastik termasuklah Fazura, Janna Nick, Khai Bahar dan Fasha Sandha.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 September 2018 @ 1:07 PM