Gambar teman lelaki Ruhainies yang dimuat naik menerusi IG Story pelakon itu. FOTO Instagram Ruhainies
Gambar teman lelaki Ruhainies yang dimuat naik menerusi IG Story pelakon itu. FOTO Instagram Ruhainies
Sudirman Mohd Tahir


PELAKON Ruhainies mengakui sedang bercinta dengan ahli perniagaan yang kini menetap di London serta memiliki tiga cawangan butik terkenal di tanah air.

Ruhainies, 26, atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bagaimanapun belum bersedia mendedahkan identiti jejaka yang hanya dikenali sebagai Mr E itu.

"Cukup untuk saya katakan, kami sebaya. Dia belajar dan bekerja di London sejak tujuh tahun lalu. Dia sudah lama tunggu saya, namun ketika itu belum terbuka hati untuk bercinta dan menjalin hubungan serius.

"Kesungguhan ditunjukkan membuatkan saya terbuka hati. Cuma, saya tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan. Biarlah kami bercinta dan saling mengenali hati budi dulu.

"Bersama Mr E saya mengaku kami memang bercinta. Macam pernah dikatakan, kalau saya betul-betul ada kekasih baru mengaku. Cerita sebelum ini dengan beberapa lelaki, saya tidak mengaku sebab memang hanya kawan," katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies berkata, kekasihnya itu sudah menyatakan hasrat untuk mengahwininya dan bersedia bila-bila masa.

Malah, Ruhainies berkongsi mereka juga sudah berjumpa keluarga masing-masing.

"Dia pulang ke Malaysia sejak hari jadi saya yang lalu. Malah, dia buat tiga kali kejutan hari jadi untuk saya. Insya Allah minggu depan dia pulang ke sana semula.

"Alhamdulillah, dia sudah berjumpa kedua ibu bapa saya dan mereka merestui hubungan kami. Macam dikatakan, kalau ada jodoh tidak ke mana," katanya.

Berkongsi penerimaannya mengenai percintaan jarak jauh, Ruhainies meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kekasihnya itu.

"Saya okey bercinta jarak jauh. Sebab, saya yakin dia seorang yang setia. Jadi, saya tidak perlu takut dan risau. Dalam perhubungan ini, kami saling mempercayai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 September 2018 @ 1:00 PM