JENNIE
JENNIE
Georgie Joseph

Annyeonghaseyo!!! Sama ada disengajakan atau tidak, anggota BLACKPINK iaitu Jennie bernasib malang baru-baru ini apabila diserang di Lapangan Terbang Incheon, Seoul, Korea Selatan.

Serangan tidak dijangka itu menyebabkan pergelangan kaki kanan Jennie cedera.

Insiden itu berjaya dirakam peminatnya apabila penyerang terbabit melanggar Jennie menggunakan bagasi. Penyerang wanita itu dilihat memakai topi dan berada di belakang Jennie.

Menerusi video itu, Jennie kelihatan sangat sakit. Kemudian, dia dilihat meletakkan kepalanya di bahu Jisoo sambil menahan kesakitan.

Klip pendek serangan itu menjadi perdebatan hangat dalam kalangan peminat. Rata-rata mempertikaikan bagaimana perkara itu boleh berlaku sedangkan Jennie dikawal ketat pengiringnya.

Tidak ketinggalan, ada yang menyifatkan serangan itu disengajakan meskipun jarak antara penyerang deĀ­ngan penyanyi itu agak jauh.

Sewaktu insiden, semua anggota BLACKPINK berjalan tenang dan tidak tergesa-gesa. Keadaan itu membolehkan sesiapa sahaja yang berada di kawasan itu mudah mendekati mereka.

Meskipun sakit, Jennie tetap meneruskan aktiviti promosi di Jepun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Ogos 2018 @ 1:01 PM