Georgie Joseph


EMPAT selebriti popular Korea Selatan bakal menghangatkan rancangan CJ WOW SHOP dengan kerjasama Channel A menerusi program Sales King TV, esok dan Ahad ini.

Mereka termasuklah personaliti rancangan fenomena Running Man iaitu Ji Suk-jin dan Yang Se-chan serta penyanyi JeA daripada kumpulan Brown Eyed Girls dan Sung-jong (INFINITE).

Program berbentuk hiburan sambil menjual barang berkenaan adalah tarikan terbaru platform beli-belah CJ WOW SHOP.

Empat selebriti itu akan berentap menjual barangan tertentu dengan strategi dan gelagat masing-masing.

Menurut Suk-jin, mereka teruja dan yakin barangan dipromosikan bakal habis terjual meskipun ada kekangan bahasa.

“Semestinya kekangan bahasa cabaran utama namun kami akan guna bahasa tubuh untuk memastikan pembeli yakin dengan produk dijual.

“Yang pasti, kami tidak sabar beraksi dan teruja melakukan di Malaysia pula,” katanya.

Program Sales King TV bersiaran secara langsung esok jam 9 hingga 10 pagi di TV9, jam 1 hingga 2 petang di 8TV manakala pada jam 11 pagi hingga 12 tengah hari di TV9 pada Ahad ini.

Antara produk dijual empat selebriti terbabit termasuklah produk penjagaan gigi, topeng kecantikan dan mi segera Samyang.

Turut bersama pada program adalah hos tetap CJ WOW SHOP iaitu Yana Samsudin, Zaim Helmi, Fiza Saad, Jimmy Shanley, Lily Liyana, Shinkong, Kah Chee, dan Pauline.

Pelanggan boleh membeli barangan dijual dalam program itu dengan menghubungi talian bebas cukai di 1-800-18-0808.

Pembelian boleh dibuat menerusi web http://www.cjwowshop.com.my atau memuat turun aplikasi CJ WOW SHOP di telefon pintar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Ogos 2018 @ 3:35 PM
Suk-Jin (dua kanan), JeA (kanan), Yang Se-Chan (dua kiri) dan Sung-Jong pada majlis memperkenalkan program “Sales King TV”. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Suk-Jin (dua kanan), JeA (kanan), Yang Se-Chan (dua kiri) dan Sung-Jong pada majlis memperkenalkan program “Sales King TV”. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN