Asfan Shah. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Asfan Shah. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Syafil Syazwan Jefri


PENYANYI, Asfan Shah, 34, menyokong penggunaan barangan berjenama ‘original’ atau asli namun tidak mahu menyalahkan mana-mana individu menggunakan barangan tiruan.

Penyanyi lagu Fatamorgana Cinta itu secara peribadi menganggap itu adalah hak masing-masing.

“Saya tak mahu komen banyak mengenai isu itu. Bagi saya, kalau ada individu tak kisah menggunakan barangan berjenama tiruan, itu hak mereka.

“€œTapi, pada saya, kalau nak guna atau pakai apa-apa pun, biarlah ikut kemampuan kita. Ertinya, ukur baju di badan sendiri,”€ katanya kepada Harian Metro.

Tambahnya, dia sendiri ada menerima barangan untuk dipromosikan, namun menolak kerana tidak mahu mengajak masyarakat terus menggunakan barangan tiruan.

“€œKalau nak pakai pun, pakai untuk diri sendiri dan kalau nak pos gambar di media sosial pun, itu hak sendiri. Tapi, bila ada yang mempromosikan tempat menjual barangan tiruan, itu benda yang tak bagus.

“€œBayangkan, kalau karya kita sendiri pun ditiru, mestilah kita akan marah. Lagi satu, kualitinya juga berbeza,”€ katanya.

Menurutnya, dia sendiri pun mula mengumpul koleksi barangan berjenama Supreme sejak penghujung tahun lalu.

“€œSebelum ini, saya pun belum mampu nak pakai barangan berjenama. Jadi, saya cuma beli dan pakai apa yang saya mampu.

“Bila dah ada duit, barulah saya beli dan mengumpul barangan berjenama sikit demi sikit,”€ katanya.

Asfan menjadi antara artis yang dipuji kerana menggunakan barangan berjenama asli€™ dan bukan tiruan selepas beberapa artis dikecam kerana menggunakan barangan tiruan menerusi Instagram pengkritik fesyen.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Julai 2018 @ 3:32 PM