Kehidupan Fitri lebih sibuk berbanding sebelum ini. FOTO SADDAM YUSOFF
Kehidupan Fitri lebih sibuk berbanding sebelum ini. FOTO SADDAM YUSOFF
Ramlah Zainal


PENYANYI Fitri Haris mendakwa suami seorang peminat ada menghubungi dan cuba menggoda isterinya dalam satu program bersama peminat sebelum ini.

Menurut bekas anggota kumpulan nasyid popular Unic itu, berkata dia terpaksa menjelaskan keadaan sebenar dan meminta suami peminat wanita terbabit menghadiri program anjurannya itu.

“Itulah adalah antara cabaran perlu dilalui selepas menjuarai program Gema Gegar Vaganza musim kedua, baru-baru ini.

“Saya banyak belajar daripada apa yang berlaku itu dan ia perlu ada batas tertentu membabitkan hubungan antara artis dan peminat supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Fitri berkata pada majlis pelancaran lagu Hanya Tuhan Yang Tahu yang diberi nafas baru di Butik Haqqi, Seksyen 7, Shah Alam, hari ini.

Pada masa sama, kata Fitri, ada juga segelintir ahli kelab peminat Fitri Family turut menuduhnya sudah sombong dan berubah selepas program GGV2.

“Terus terang, hubungan saya dan ahli kelab peminat sangat rapat bagaikan keluarga sejak awal lagi.

“Selepas menang GGV2, aktiviti seni saya sangat padat hingga hingga ada peminat mendakwa saya sudah berubah hingga mengambil keputusan keluar dari kelab peminat.

“Saya memberitahu mereka memang saya tidak banyak masa bersama peminat seperti dulu kerana aktiviti seni semakin padat sekarang.

“Malah, saya hanya sempat berbuka puasa bersama keluarga pun hanya dua hari saja Ramadan lalu,”katanya.

Kelab peminat Fitri Family ditubuhkan sejak dua tahun lalu kini sudah mempunyai seramai 11,000 ahli.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 6:32 PM