Eizlan Yusof. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Eizlan Yusof. FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ
Amirul Haswendy Ashari


PELAKON dan usahawan, Datuk Seri Eizlan Yusof, 46, mendedahkan diberi kepercayaan sebagai artis naungan Opus Pictures Talent, sebuah syarikat pengurusan artis di Korea Selatan.

Selain beliau, pelakon Raja Ilya turut diberi peluang berada di bawah syarikat pengurusan yang sama.

Tawaran diterima ketika kunjungan mereka ke Korea Selatan mewakili Aifa Motion Pictures milik Ahmad Idham sempena Festival Filem Chunsa 2018 di sana, bulan lalu.

“€œSaya dan Raja Ilya diberi pendedahan dan kepercayaan untuk berada di dalam produk terbitan mereka pada masa depan terutama yang memerlukan watak bukan domestik.

“€œKami artis pertama di bawah mereka dan selepas ini syarikat itu akan membuka peluang kepada artis dari negara lain seperti Jepun, Indonesia dan Singapura,”€ katanya.

Eizlan berkata tiada tempoh kontrak khusus sebaliknya ia berdasarkan kolaborasi serta kerjasama antara karyawan Malaysia-Korea Selatan.

Untuk projek pertama, beliau akan terbabit dalam sebuah filem ‘remake’™ Korea Selatan yang berlatar belakang elemen dan lokasi di Malaysia.

Projek akan diterbitkan sebuah syarikat produksi dari Korea Selatan dan membabitkan tenaga kerja daripada dua negara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Jun 2018 @ 7:07 PM