Zul Ariffin menjawab pertanyaan media pada satu majlis pertunjukan fesyen koleksi raya. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Zul Ariffin menjawab pertanyaan media pada satu majlis pertunjukan fesyen koleksi raya. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Zul Ariffin belum tahu siapa dalang penyebaran gambar itu. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Zul Ariffin belum tahu siapa dalang penyebaran gambar itu. FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN
Syafil Syazwan Jefri


PELAKON, Zul Ariffin, 32, mengakui insiden penyebaran gambar kemaluan dikatakan miliknya baru-baru ini, tidak mencalarkan imejnya.

Namun, hal itu membuatkannya menerima pandangan berbeza daripada masyarakat.

"Ia tak mencalarkan imej saya tapi semestinya pandangan masyarakat kepada saya lebih berbeza.

"Pernah satu hari saya memandu ke kaunter pandu lalu di restoran makanan segera pun, pekerja di kaunter itu memberikan senyuman yang 'lain macam' kepada saya," katanya kepada Harian Metro.

Diminta mengulas mengenai gambar itu yang disimpan dan terus disebarkan di kalangan netizen, Zul tidak mampu menghalang perbuatan mereka.

"Ia bukanlah gambar senonoh lebih-lebih lagi ketika ia dimuat naik dari akaun Instagram saya. Kalau ada yang nak simpan dan terus sebarkan, saya tak boleh kata apa-apa," katanya.

Bagaimanapun, Zul berkata dia tidak mahu sekiranya isu itu menjadi punca kepada perbalahan di media sosial.

"Saya ada membaca komen-komen di media sosial. Ada yang sampai bergaduh sesama sendiri hanya kerana gambar itu. Itu tak bagus," katanya.

Mengulas lanjut mengenai gambar itu, Zul belum mengetahui siapa dalang di sebalik penyebaran gambar palsu itu.

"Saya sendiri pun tak tahu siapa yang godam dan muat naik gambar terbabit. Jadi, tak ada tindakan boleh diambil.

"Lagi pula, bukan saya seorang saja mempunyai kata laluan untuk log masuk ke Instagram saya kerana saya juga kongsikan dengan tiga wakil kelab peminat yang saya percaya," katanya.

Katanya lagi, dia juga kini kerap menukar kata laluan sebagai langkah berjaga-jaga.

"Saya harap, apa berlaku kepada saya menjadi pengajaran buat diri sendiri dan orang lain supaya lebih berhati-hati.

"Siapa sangka, walaupun akaun Instagram saya dah diberi pengesahan oleh pihak Instagram dengan 'blue tick', ia masih lagi digodam," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 April 2018 @ 2:21 PM