Allahyarham sebelum ini aktif berlakon di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan S Kadarisman.
Allahyarham sebelum ini aktif berlakon di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan S Kadarisman.
Amirul Haswendy Ashari.


PELAKON veteran 1970-an, Ismail Mahmud meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Kelantan, 6.45 petang semalam.

Allahyarham yang popular dengan filem Jangan Tinggal Daku pada 1971 meninggal dunia akibat angin ahmar, masalah buah pinggang dan kencing manis.

Allahyarham dipercayai sudah 30 tahun menderita kencing manis sebelum disahkan mengalami masalah buah pinggang tahun lalu.

Minggu lalu, Allahyarham diserang angin ahmar pula.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Jawa, Pasir Puteh, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan sembilan anak sebelum ini aktif berlakon di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan S Kadarisman.

Selain Jangan Tinggal Daku arahan P Ramlee, Allahyarham juga pernah berlakon dalam filem Dr Rushdi (1970) dan Belang Pertanda (1971).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2017 @ 7:47 PM