Syafil Syazwan Jefri


PELAKON Puteri Sarah Liyana, 32, menafikan butik pakaian muslimah miliknya di Bangsar, di sini, sudah ditutup kerana tidak mendapat sambutan.

Puteri Sarah berkata, perniagaannya itu masih beroperasi tetapi djalankan secara atas talian berikutan kontrak dengan pemilik kedai itu sudah tamat sejak 1 Mac lalu.

€œBukan kerana tiada sambutan. Kawasan itu strategik dan sentiasa ada pelanggan, cuma kontrak sewa bersama pemilik kedai itu sudah tamat.

€œLagipun kadar sewanya agak tinggi dan meningkat setiap tahun. Disebabkan itu, saya memilih untuk berniaga secara atas talian sekarang,€ katanya.

Menurutnya, antara sebab lain ialah kerana dia juga mahu memberikan perhatian membesarkan cahaya matanya, Syaikhul Islam yang kini berusia dua bulan.

Sarah yang juga isteri kepada pengarah dan pelakon popular Syamsul Yusof berkata, dia juga merancang untuk menyewa tempat baru di kawasan berhampiran kediaman mereka.

€œInsya-Allah, saya akan menunaikan ibadah Haji bersama suami nanti dan selepas selesai semuanya, barulah saya akan fikirkan mengenai lokasi baru.

€œLokasinya kalau boleh di sekitar Wangsa Melawati, Kuala Lumpur kerana lebih dekat dengan tempat tinggal kami. Buat masa sekarang, ibu saya bersama seorang pekerja menguruskan perniagaan secara atas talian itu, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 6:47 PM