Noraniza Azmi

TIDAK dinafikan bahawa pandemik Covid-19 menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia terkesan daripada segi ekonomi. 

Ada yang diberhentikan kerja, perniagaan gulung tikar dan yang lebih teruk, ada juga yang diisytiharkan bankrap.

Namun, siapa sangka ketika ramai yang masih bergelut untuk survival hidup, tiga orang wanita yang hanya bergelar suri rumah sebelum ini berjaya menjadi jutawan menerusi produk Tasneem Naturel! 

"Tinggalkan topi ijazah, master untuk bisnes"- Zainurul Azwa, 33 tahun

Image

Mula mengenali produk Tasneem Naturel sebagai seorang pengguna balm Sleep Time & Calm Time, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini pernah bekerja dalam bidang penyelidikan di Universiti Malaya. 

Berhijrah ke Taiping, Perak untuk mengikut suami yang berpindah kerja, Zainurul mula mencuba pelbagai jenis perniagaan untuk menambah pendapatan.

"Pernah menjadi dropship buku, agen durian belanda frozen, dropship permainan berbentuk pendidikan dan beberapa lagi sistem ejen.. 

"Tapi akhirnya saya dapat rentak dengan produk bayi Tasneem Naturel ini. Bermula hanya sebagai dropship, dalam masa 3 bulan saya berjaya naik stokis. 

"Sejak dari itu, saya hanya fokus pada satu produk dan serius membina bisnes bersama Tasneem Naturel hingga ke hari, "katanya. 

Image

Melalui program bersama Tasneem Naturel, Zainurul mula mengubah pemikirannya tentang dunia bisnes. Beliau dididik oleh Master Leader Aminah dan Founder produk Tasneem Naturel sendiri iaitu Haridah Sahri. 

"Saya bermula dari tahap paling bawah iaitu dropship. Apabila saya buat keputusan nak maju bersama Tasneem Naturel, saya tinggalkan semua topi ijazah dan master yang saya ada. 

"Saya betul-betul datang ke dunia baru, bidang baru dengan minda sedia dibantu, diajar, diketuk, dibasuh. Saya serah diri dengan 'zero knowledge' tentang bisnes dan mengaku memang tak pandai bisnes. 

"Jadi saya perlukan mentor. Bila saya sediakan diri begitu, saya ikut saja apa yang Leader dan Founder ajar," ujarnya.

Pada awalnya, Zainurul menjadikan keluarga sebagai faktor utama untuk berusaha gigih dalam bisnes Tasneem Naturel, namun kini beliau meletakkan sasaran yang lebih besar iaitu untuk membantu ramai lagi orang untuk mencari sumber rezeki. 

"Bila saya tukar target untuk membantu orang lain, kerja yang dibuat fokus mahu membina pasukan dan bantu mereka berjaya mencapai pendapatan empat angka. Dari situ, saya sedar ini adalah faktor penolak sebenar.  

Image

"Bantu lebih ramai orang seperti saya dahulu yang tercari-cari punca pendapatan. Bila mereka berjaya, di situlah kepuasan kejayaan paling manis," tambah Zainurul yang memecahkan hasil jualan satu juta pada 5 September yang lalu. 

Antara tip yang dikongsi oleh Zainurul adalah perlu berani melangkah terus kehadapan kerana keberanian itu tidak akan wujud jika seseorang tidak berjaya memijak anak tangga yang sebelumnya. 

Malah, beliau juga menambah supaya jangan takut untuk berimpian besar kerana itulah pendorong untuk kita terus maju. 

"Mahu belikan ayah sebuah rumah"- Syuhaidah, 33 tahun

Image

Syuhaidah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan selepas melahirkan anak dan telah mencuba pelbagai jenis bisnes antaranya dropship tudung, minyak kelapa dara, produk kecantikan dan juga permainan berbentuk pendidikan. Akhirnya, beliau belajar selok belok perniagaan sebenar daripada teman seperjuangan, Master Leader Aminah.

"Saya bermula sebagai pengguna produk Tasneem Naturel. Semasa itu, anak baru nak putus susu, susah tidur dan meragam. Saya cuba sapukan Calm Time Balm dan Sleep Time Balm. Alhamdulillah, menjadi. 

Image

"Jadi, dari situlah permulaan saya mula berbisnes. Pada ketika itu, saya lihat ramai juga kawan-kawan yang buat pelbagai bisnes tapi tak menjadi, tapi mereka berjaya apabila berbisnes bersama Tasneem Naturel," ujarnya. 

Syuhaidah menekankan bahawa kerjasama erat dan komitmen tinggi dalam setiap ahli pasukan merupakan perkara yang sangat penting dalam perniagaan. Walaupun ada ketika beliau berasa penat, namun segalanya berbaloi apabila usahanya membuahkan hasil. 

Image

"Tahun 2021 merupakan tahun kedua saya berjaya capai jualan satu juta. Banyak air mata yang keluar kerana perencanaan bisnes Tasneem Naturel ni lebih kepada membina pasukan yang kuat, jadinya memang banyak bermain dengan emosi kerana kita berhadapan dengan manusia.

"Tapi apabila dilihat dan difikir kembali, saya sedar yang kadang-kala kita rasa pasukan kita yang bermasalah padahal kita yang terlalu cepat menilai. Lantaran itu, saya mula muhasabah diri bersama pasukan, pandang usaha dan puji kebaikan mereka. 

"Hasilnya, pasukan saya lebih mudah bagi kerjasama, lebih komited dan rajin untuk buat jualan. Selama ni, terlepas pandang yang sebenarnya ada tembok antara saya dengan pasukan. Jadi, bila saya ubah cara, banyak kebaikan yang saya dapat. Inilah antara pengajaran besar buat saya." kata Syuhaidah lagi. 

Syuhaidah turut berkongsi bahawa beliau menyimpan impian untuk menghadiahkan ayahnya sebuah rumah sendiri pada tahun hadapan lantaran usia orang tuanya yang kini sudah lanjut dan masih menyewa. Selain itu, beliau juga mahu terus membantu pasukannya untuk meraih pendapatan lumayan seperti dirinya menerusi Tasneem Naturel. 

"Cari pengalaman berbisnes dengan jual produk orang lain, secara dropship atau ejen. Selain itu, anda harus mencari leader atau mentor yang boleh bimbing sampai anda capai impian dan matlamat yang disasarkan.

"Paling penting adalah kesungguhan diri sendiri untuk berjaya. Tanpa usaha gigih dan komitmen yang berterusan, ia tidak akan membuahkan apa-apa hasil," tambahnya.

"Saya nak banyakkan sedekah dan amal jariah"- Aminah, 37 tahun

Image

Mula berniaga dengan Tasneem Naturel sejak tahun 2016, Aminah merupakan antara yang menerima  produk secara percuma daripada Founder Tasneem Naturel dan kemudiannya terus mendaftar sebagai ejen. 

"Selepas berkahwin, saya tidak pernah bekerja. Saya duduk di rumah mertua dan menjaga anak-anak sahaja. Saya sudah menetap di Perlis selama 13 tahun.

"Sebelum mula berniaga produk Tasneem Naturel, saya bermula dengan dropship pada tahun 2014 dengan bisnes permainan kanak-kanak dan buku," kata ibu kepada empat orang anak ini.

Image

Antara cabaran yang dihadapi oleh Aminah sebelum berjaya memecahkan jualan satu juta ialah apabila beliau harus menangani momentum semangat pasukan yang ada turun naiknya. Selain itu, beliau terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga kerana perlu fokus memberi tunjuk ajar menerusi sesi coaching kepada pasukannya. 

Malah, situasi semasa pandemik Covid-19 lebih menyukarkan keadaan kerana sesi coaching tidak dapat dilaksanakan secara bersemuka dan bergantung sepenuhnya kepada sesi coaching atas talian. 

Image

"Walau bagaimanapun, saya terus berpegang kepada nombor magik iaitu untuk dapatkan jualan satu juta, perlu ada 2000 ahli pasukan yang aktif. 

"Malah,saya harus menguasai bisnes ini dan perlu fahami sepenuhya. Selain itu, perlu ada sesi coaching secara individual," ujarnya yang sudah tiga tahun berturut-turut berjaya memecahkan jualan satu juta. 

Aminah menjadikan matlamatnya untuk memperbanyak sedekah dan amal jariah sebagai faktor penolak dalam bisnes Tasneem Naturel. Beliau mahu membantu lebih ramai lagi surirumah yang kebanyakannya mempunyai ijazah untuk berjaya dalam bidang perniagaan. 

"Saya tak pernah sangka yang saya hanya bermula sebagai dropship dengan modal sebiji telefon dan internet sahaja.  Terima kasih kepada suami dan anak-anak yang sampai sekarang memahami apa yang saya buat. Juga untuk ibu bapa mertua yang percaya inilah sumber rezeki saya," tambahnya lagi.

Aminah turut menasihati kepada mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan supaya tidak malu untuk mulakan dengan modal yang kecil. Namun, apa yang penting adalah keinginan yang kuat untuk mendorong seseorang terus belajar dan mencipta kejayaan. 

Anda mempunyai ciri-ciri seperti tiga surirumah jutawan di atas? 

Image

Jika jawapan anda ya, jom mendaftar sebagai ejen Tasneem Naturel menerusi laman sesawang ini.  

Tasneem Naturel diyakini lebih 100,000 pelanggan untuk mengatasi pelbagai masalah bayi secara semula jadi. Malah, harganya setanding kualiti dan mudah didapati melalui lebih 15,000 ejen seluruh Malaysia.

Anda juga boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Tasneem Naturel di laman sesawang Tasneem Naturel, laman Facebook serta Instagram

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 5:59 PM