NORIZZAH  (berbaju putih) bersama usahawan bimbingannya.
NORIZZAH (berbaju putih) bersama usahawan bimbingannya.
Hajar Umira Md Zaki


Kuala Lumpur: The Sumo Group Sdn Bhd menyasarkan untuk menghasilkan 20 jutawan dan 30,000 usahawan di bawah empayarnya akhir tahun ini menerusi perniagaan set sauna mudah alih, Sumosauna.

Pengasasnya, Norizzah Hazirah Maulana berkata, beliau mula menjalankan perniagaan Sumosauna secara kecil-kecilan pada November 2018.

"Alhamdulillah, berkat sokongan daripada keluarga dan mentor, kami kini mempunyai lebih 20,000 ejen dropship dan melahirkan 10 jutawan bersama Sumosauna.

"Bukan itu sahaja, usahawan yang menjalankan perniagaan di bawah The Sumo Group turut mampu memiliki aset seperti rumah dan kereta sendiri hasil daripada menjana pendapatan bersama kami.

"Malah, dengan permintaan yang tinggi daripada orang ramai, kami mampu mempunyai lima lot kedai dan sebuah gudang seluas 10,000 kaki persegi di Pekan Nenas, Pontian, Johor," katanya.

Menurutnya, 20,000 usahawan di bawah empayarnya adalah satu jumlah yang besar dan ia menjadi satu cabaran dalam membimbing mereka ke arah satu matlamat.

"Bagi saya, dalam membentuk 20,000 usahawan untuk mencapai hala tuju yang sama satu perkara sangat mencabar.

"Bagaimanapun, insya-Allah dengan bimbingan dan semangat yang diberikan setiap hari, kami dapat membantu mereka mencapai sasaran ditetapkan.

"Di The Sumo Group ini, kami bukan sahaja mempunyai produk sauna mudah alih, tetapi juga minyak pati, diffuser dan pelbagai herba," katanya.

Dalam pada itu, Norizzah Hazirah turut berkongsi manfaat yang dapat diperolehi individu yang berdaftar sebagai usahawan di bawah The Sumo Group.

Katanya, pendaftaran adalah percuma dan usahawan tidak perlu mengeluarkan modal atau memegang stok, malah bimbingan dan bahan promosi disediakan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 7:02 AM