BERKONGSI kebaikan dengan mereka yang memerlukan.
BERKONGSI kebaikan dengan mereka yang memerlukan.
HM Digital

PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sejak Mac lalu dan kini memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sedikit sebanyak menjejaskan golongan berpendapatan rendah terutama dalam mendapatkan bekalan makanan.

Situasi yang luar dari kebiasaan itu menjadikan keperluan makanan menjadi keutamaan penting bagi komuniti.

Namun, di sebalik situasi sukar itu, ramai rakyat tampil memberi bantuan dan berkongsi kebaikan dengan membantu menghulurkan sumbangan makanan kepada golongan

yang terkesan akibat PKP.

Tidak terkecuali jenama coklat terkena, Cadbury Dairy Milk, yang mengadakan kempen bantuan

#SaluteTheGoodness dengan kerjasama Food Aid Foundation untuk bersama- sama berkongsi kebaikan bersama golongan memerlukan.

Kempen itu selari dengan objektif jenama coklat berkenaan dalam membantu dan menyokong komuniti yang kurang bernasib baik ketika mengharungi saat kritikal.

ANTARA sebahagian daripada penerima.
ANTARA sebahagian daripada penerima.

Pengarah Urusan Mondelez International, Malaysia dan Singapore, James Kane berkata, cabaran ketika ini menguatkan lagi kepercayaan jenama coklat itu bahawa Terdapat Kebaikan Pada Setiap Insan.

Katanya, ia jelas terserlah dengan kemurahan hati yang ditunjukkan masyarakat negara ini.

"Kami juga berasa amat bangga kerana diberikan peluang untuk membantu rakyat negara ini yang terjejas.

"Selain berkongsi kebaikan, ia juga mewujudkan sedikit semangat positif bagi mereka yang memerlukan," katanya.

Dalam pada itu, selaku organisasi pengumpulan bank makanan yang diselenggara pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Food Aid Foundation memberi tumpuan kepada pengurangan pembaziran makanan dengan menyalurkan kepada golongan memerlukan seperti rumah kebajikan, komuniti pelarian dan dapur gelandangan.

Pengasasnya, Rick Chee berkata, dengan sokongan dan sumbangan daripada pelbagai syarikat, ia dapat membantu mengekalkan misi mereka bagi mengakhiri kelaparan selain memberi harapan untuk terus membantu golongan memerlukan.

"Objektif yayasan selama ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa mereka yang terus memberi sumbangan.

"Kami akan sempurnakan misi bagi memastikan hak kemanusiaan terjamin, " katanya.

Sementara itu, demi semangat #SaluteTheGoodness yang sama, jenama itu turut memberi penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengira penat lelah dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19.

Setakat ini, jenama berkenaan menyumbang lebih 500 karton produk kepada petugas barisan hadapan termasuk pasukan polis dan pekerja kesihatan sebagai tanda terima kasih.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2020 @ 6:40 AM