HOBI merakam gambar unggas memerlukan kesabaran yang tinggi. FOTO Zulfadhli Zulkifli
HOBI merakam gambar unggas memerlukan kesabaran yang tinggi. FOTO Zulfadhli Zulkifli
Zulfadhli Zulkifli

PELBAGAI gaya dan penampilan dilakukan untuk mengelirukan perhatian burung bagi merakam gambar secara unggas semula jadi tanpa menyedari kehadiran jurugambar.

Peminat dan jurugambar bebas, Zulkifli Din, 60, sanggup menunggu berjam lama demi minat merakam gambar burung.

Minat itu menuntut kesabaran yang tinggi selain pengetahuan selok-belok mengenai spesis burung sebelum turun ke lapangan.

ANTARA koleksi Zulkifli. FOTO Zulfadhli Zulkifli
ANTARA koleksi Zulkifli. FOTO Zulfadhli Zulkifli

KEMAHIRAN dalam penyamaran membantu ketika merakam gambar unggas. FOTO Zulfadhli Zulkifli
KEMAHIRAN dalam penyamaran membantu ketika merakam gambar unggas. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Ketika menjejak unggas, Zulkifli mengeluarkan perbelanjaan mendapatkan peralatan serta pakaian sesuai bagi membolehkan beliau mendapatkan gambar terbaik dan selain mengkaji habitat burung kegemarannya.

Koleksi gambar burung dijadikan buku, bahan pameran dan untuk pendidikan generasi akan datang sebelum unggas berkenaan pupus ataupun berpindah ke kawasan lain.

ZULKIFLI bersama gambar yang dirakamnya. FOTO Zulfadhli Zulkifli
ZULKIFLI bersama gambar yang dirakamnya. FOTO Zulfadhli Zulkifli

ANTARA unggas yang dirakam Zulkifli. FOTO Zulfadhli Zulkifli
ANTARA unggas yang dirakam Zulkifli. FOTO Zulfadhli Zulkifli

Kawasan tumpuan seperti Kuala Kubu Bharu, Ampang Pecah dan Bukit Fraser antara lokasi kegemaran peminat burung sehingga dipilih sebagai lokasi penganjuran Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa setiap tahun.

Keunikan ini menjadikan pengunjung dan peminat burung sanggup datang melihat sendiri kepelbagaian spesis unggas sama ada untuk terapi ketenangan daripada kesibukan kota atau mengabadikan unggas itu melalui lensa kamera.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Mac 2019 @ 9:20 PM