PAMERAN Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terpendam di Muzium Negara
PAMERAN Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terpendam di Muzium Negara
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Penemuan 3,000 artifak daripada 13 kapal karam yang ditemui di sekitar Selat Melaka dan Laut Cina Selatan menjadi bukti kukuh Tanah Melayu pernah menjadi sebuah pelabuhan begitu pesat suatu masa dahulu.

Ia juga menjawab segala persoalan yang terdapat dalam banyak catatan oriental Barat dan China yang memperkatakan berkenaan perkembangan serta kepesatan perdagangan di Tanah Melayu bermula sekitar abad ke-4 Masihi.

Kepesatan itu menyebabkan Tanah Melayu menjadi rebutan kuasa besar Eropah dan serantau.

Penemuan berkenaan hasil penyelidikan Jabatan Arkeologi, Cawangan Arkeologi Bawah Air, Jabatan Warisan Negara (dahulu di bawah Jabatan Muzium Malaysia-JMM) yang menjalankan kajian terbabit sejak 1990-an.

Bagaimanapun, hanya 80 koleksi terbaik dipamerkan dalam Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terpendam di Muzium Negara yang berlangsung dari 10 Julai hingga 30 Oktober ini.

Pameran itu juga memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara lebih dekat barangan sukar ditemui ini dan merungkai secara lebih mendalam sejarah kelautan Malaysia yang sering menjadi tanda tanya serta perdebatan umum.

PELBAGAI figura haiwan yang diperbuat daripada seramik.
PELBAGAI figura haiwan yang diperbuat daripada seramik.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Permuziuman) JMM Mohd Azmi Mohd Yusof, pedagang dan penjelajah dahulu menceritakan Melaka, Kedah dan Terengganu adalah sebuah pelabuhan yang pesat.

“Tapi apakah bukti untuk mengesahkan negeri terbabit (sebagai pelabuhan yang pesat)?

“Penemuan ini merungkai rahsia yang terbenam sejak sekian lama dan tiada siapa membayangkannya selama ini,” katanya kepada Nuansa.

Beliau berkata, penemuan berharga itu membuktikan tamadun dan sejarah negara ini boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa.

“Masih banyak khazanah sejarah di negara ini belum dijumpai dan mengambil masa untuk dirungkaikan.

“Setiap penemuan barangan bersejarah ini perlu dilakukan kajian secara mendalam untuk mengetahui beberapa aspek seperti asal usul, pentarikhan dalam dinasti mana, kualiti dan pengkelasan bentuknya.

Katanya, berdasarkan reka bentuk artifak itu juga boleh menentukan sama ada barangan berkenaan digunakan golongan bangsawan atau biasa.

“Jika barangan ini berasal dari China umpamanya, akan ada gambar naga berkuku lima yang bermaksud bangsawan sementara bagi golongan biasa pula terdapat gambar naga berkuku empat,” katanya.

Mohd Azmi berkata, berdasarkan peranan semasa JMM tidak melakukan pencarian dalam air kerana bidang kuasa itu sudah terpisah dengan Jabatan Warisan Negara.

Katanya, JMM kini menjadi tempat mempamerkan khazanah berkenaan untuk khalayak memahami rahsia yang terpendam itu dengan melihatnya sendiri dalam pameran.

PENGUNJUNG melihat artifak kapal karam di Muzium Negara.
PENGUNJUNG melihat artifak kapal karam di Muzium Negara.

Senarai kapal karam

1.The Ranee Shipwreck (1923)

Kapal ini dibina di Lubeck, Jerman pada 1906, iaitu sebuah kapak keluli yang mempunyai kipas berkembar dengan berat bersih 317 tan. Kapal ini dalam pelayaran dari Singapura ke Kuantan, Pahang dan dijadualkan singgah di Mersing.

Namun, pada 14 Mac 1923, berlaku perlanggaran antara kapal Rainee Shipwreck dengan kapal Boribat di Perairan Sedeli, Johor. Kapal berkenaan membawa muatan bijih timah, getah dan rotan. Kejadian hanya berlaku dalam masa 10 minit dan mengorbankan 31 nyawa.

2. The Wanli Shipwreck (1630)

Kapal ini ditemui pada 1 November 2003 di perairan Dungun, Terengganu pada kedalaman 42 meter kerana dipercayai meletup ketika dalam pelayaran dan tenggelam akibat diserang kapal musuh.

Penemuan serpihan porselin biru dan putih membuktikan perdagangan antara pihak Portugis, Belanda serta Inggeris berlaku pada kurun ke-17.

3.The Langquan Shipwreck (1400)

Ditemui pada 1996 pada kedalaman 63 meter (m) dan 23 batu nautika daripada perairan Terengganu. Kapal ini dipercayai berasal dari China pada Zaman Dinasti Ming (1368 hingga 1644)

Bersaiz melebihi 30m panjang, kapal ini berkemungkinan adalah yang terbesar pernah dihasilkan daripada kayu dan karam di Laut Cina Selatan.

4.The Tanjung Simpang Mengayau Shipwreck (960-1126)

Penyelidikan mendapati kapal ini adalah kapal karam yang tertua di Malaysia dan dipercayai karam akibat berlanggar dengan terumbu karang ditemui pada kedalaman 12m iaitu kira-kira satu batu nautika daripada pantai Tanjung Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.

Ia sebuah kapal yang sarat dengan muatan barang dagangan daripada Dinasti Song (960-1279). Penemuan artifak seperti mangkuk seladon membuktikan pedagang dari China adalah pembekal utama tembikar dan kapal karam itu juga memberi gambaran wujudnya hubungan maritim di Borneo terutama di Kudat, Sabah.

5.The Desaru Shipwreck (1845)

Ini kapal dagangan dari China jenis ‘Junk’ yang keseluruhan kargonya terdiri daripada seramik China. Kapal ini dipercayai tenggelam kerana serangan lanun pada abad ke-19.

Berukuran 30m panjang dan 7m lebar, kapal ini dijumpai pada Mei 2001 pada kedalaman 20m, kira-kira 2 batu nautika dari Pantai Desaru, Johor.

Penggunaan dua jenis kayu balak iaitu ‘pain’ dan cedar yang tumbuh di kawasan beriklim sederhana dan tidak terdapat di Asia Tenggara mengukuhkan kajian Kapal The Desaru Shipwreck adalah buatan China.

BEKAS urin.
BEKAS urin.

6.The Turiang Shipwreck (1370)

Kapal karam ini antara kapal tertua yang ditemui bersama seramik di Laut China Selatan yang membawa campuran kargo seramik China, Vietnam dan Thailand. Ia ditemui pada Mei 1998 iaitu kira-kira 100 batu nautika dari daratan serta terdampar di dasar laut pada kedalaman 42 meter.

7. Diana (1817)

Kapal Diana tenggelam di Perairan Selat Melaka selama 178 tahun dan ditemui berhampiran pelantar minyak PETRONAS ditemui pada 21 Disember 1993 oleh Malaysia Historical Salvors (MHS).

Antara barangan dijumpai ialah seramik seperti pinggan mangkuk, set teh, bekas penyimpan sayur, buah-buahan dan barangan tembikar.

8.Longquan (kira-kira 1400)

Bersaiz besar iaitu melebihi 30m panjang manakala kayu alangnya berukuran 8m. Ia dibina khusus untuk berlayar di Laut China Selatan dan ditemui pada 1996 pada kedalaman 63m dan 23 batu nautika dari perairan Terengganu.

Kapal ini berasal dari China pada Zaman Dinasti Ming (1368-1644) dan antara artifak ditemui ialah seladon China, seladon Si Satchanalai dan tembikar Sukhotai dari Thailand.

9.Nassau (1606)

Kapal ini milik Dutch United East India Company yang ditubuhkan pada 1602 dan dijumpai karam berhampiran Bambek Shoal iaitu kira-kira 5 kilometer dari luar Port Dickson, Negeri Sembilan disebabkan pertempuran antara Belanda dan Portugis.

10.Risdam

Kapal yang dibina pada 1713 seberat 520 tan ini diperbuat daripada kayu dengan 46m panjang, 15m lebar dan 12m tinggi.

Tenggelam pada 1 Januari 1727 selepas mengalami kebocoran dan rangka kapal ditemui pada 24 April 1984 oleh rakyat Singapura ketika membongkar khazanah kapal berkenaan.

11.Royal Nanhai

Kapal karam ini ditemui di perairan antarabangsa iaitu 40 batu nautika dari Semenanjung Malaysia pada 1995 dengan kedalaman laut 46m. Pada pertengahan kurun ke-15, kapal Royal Nahhai ditugaskan membawa 21,000 seramik termasuk lima mangkuk seramik China berwarna biru dan putih yang semuanya dijumpai berdekatan bahagian tulang belakang kapal.

PINGGAN biru dan putih.
PINGGAN biru dan putih.

12.Singtai

Kapal dari China ini dibina khusus untuk pelayaran di Laut China Selatan dan ditemui pada kedalaman 53m iaitu kira-kira 12 batu nautika dari pantai Pulau Redang, Terengganu pada April 2001.

13.Xuande

Tapak kapal Xuande dijumpai pada 1996 iaitu kira-kira 60 batu nautika dari perairan pantai Terengganu pada kedalaman 52m. Kapal ini dibuat daripada kayu jenis lembut.

Sebanyak 170 keping barangan porselin China berwarna biru dan putih serta 130 biji seramik bercorak yang diselaputi sepuh lut sinar Sukhotai dan Si Satchanalai ang dijumpai tertimbus dan diselaputi lumpur.

SUDU biru putih.
SUDU biru putih.

Senarai artifak

A. KOLEKSI KAPAL KARAM - WANLI

1. Pasu biru dan putih

2. Tempayan biru dan putih

3. Pinggan leper kraak.

4. Ewer mini.

5. Bekas bertutup berbentuk bujur.

6. Kendi kepala anjing.

7. Botol labu berganda.

B. KOLEKSI KAPAL KARAM -DIANA

1. Bakul buah.

2. Pinggan Pemanas.

3. Tureen mini biru dan putih.

4. Pinggan ‘Armorial’

5. Pinggan biru dan putih.

6. Pinggan biru dan putih bulat.

7. Figura itik.

8. Figura singa Buddha.

9. Figura burung kakak tua.

10. Figura ayam jantan.

11. Figura pasangan lelaki.

12. Figura budak lelaki.

C. KOLEKSI KAPAL KARAM -DESARU

1. Seterika tembaga.

2. Duit syiling China (lapan keping)

3. Cop mohor berfigura singa.

4. Sudu biru putih (12 batang)

5. Xing tea pot China

6. Yi xing tea pot China

7. Kamcheng guan.

8. Paip tembaga

9. Bekas urin

10. Brown glazed storage jar (dua unit)

D. KOLEKSI KAPAL KARAM - SIMPANG MENGAYU

1. Ewer

2. Ewer berglis hijau zaitun

3. Bahagian atas tempayan pecah

E. KOLEKSI KAPAL KARAM - NANYANG

1. Kendi seladon sisatchanalai

2. Pasu kecil berglis perang

3. Pinggan seladon sisatchanalai

4. Cawan seladon sisatchanalai

5. Cawan seladon sisatchanalai

6. Pasu sisatchanalai

7. Pasu kecil berglis perang

8. Pasu penyimpanan

F. KOLEKSI KAPAL KARAM -LONG QUAN

1. Pinggan sukhotai bercorak.

2. Pinggan seladon China.

3. Pinggan sukhotai bercorak.

4. Pinggan bercorak.

5. Mangkuk China

6. Takar berglis perang

7. Takar berglis perang.

G. KOLEKSI KAPAL KARAM -TURIANG

1. Takar China berglis warna

2. Pasu sukhotai

3. Takar berglis hitam

4. Pinggan seladon sisatchanalai.

5. Pinggan seladon China

6. Takar berglis hitam

7. Pasu Sukhotai

H. KOLEKSI KAPAL KARAM -SINGTAI

1. Pasu kecil

2. Takar berglis berwarna coklat

3. Mangkuk berglis alas hitam

4. Mangkuk sukhotai

5. Bekas bertangkai

6. Bekas sistchanalai bertutup pelbagai saiz dan bentuk (empat jenis)

I. KOLEKSI KAPAM KARAM - XUANDE

1. Rantai manik

2. Ewer

3. Botol sisatchanalai

4. Kendi biru dan putih

5. Gelang gangsa

J. KOLEKSI KAPAL KARAM - ROYAL NANHAI

1. Pinggan seladon sisatchanalai

2. Bekas seladon sisatchanalai

3. Takar kecil dan bekas air seladon

4. Takar kecil dan bekas air seladon

5. Mangkuk seladon

6. Pasu berglis warna perang

7. Mangkuk seladon

8. Mangkuk seladon sisatchanalai

9. Tulang ikan

10. Takar kecil dan bekas air seladon

11. Bekas dan penutup liker

K. KOLEKSI KAPAL KARAM -RISDAM

1. Tempayan

2. Jongkong timah

TULANG ikan.
TULANG ikan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 12:52 PM