AHMAD Sukeri bersama lukisannya bertajuk Osmosis.
AHMAD Sukeri bersama lukisannya bertajuk Osmosis.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Memuji kebesaran dan keesaan Allah menerusi lukisan khat kaligrafi bertajuk Ahad yang bermaksud satu, menjadi pilihan pelukis ini untuk mempamerkan karya yang dihasilkan tiga tahun lalu.

Visual empat ayat daripada surah al-Ikhlas dan kalimah Lailahaillallah begitu menyerlah apabila ditulis menggunakan cat akrilik di atas kanvas sekali gus menjadikan ia menarik.

Pengunjung yang menghayati karya itu bukan saja terpukau malah turut tertarik untuk membaca surah berkenaan dan juga kalimah bermaksud ‘Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah’.

Abu Zaki Hadri turut mempamerkan satu lagi karyanya dalam Pameran Lukisan@Premiera siri ke-3 di Hotel Premiera yang berlangsung dari 1 hingga 31 Mei ini.

SARAT dengan mesej tersirat.
SARAT dengan mesej tersirat.

Seramai tujuh pelukis terbabit dalam pameran berkumpulan itu yang mengetengahkan 28 karya bertemakan Islamik ‘Rukun’.

Abu Zaki berkata, ada kalanya manusia terleka daripada mengingati Allah kerana kesibukan diri terhadap tuntutan urusan harian, namun Allah tidak pernah melupakan hamba-Nya.

“Sebagai hamba-Nya kita perlulah sentiasa mengingati Allah di samping melazimi lidah dengan bacaan ayat lazim dan zikir.

“Ini kerana dalam apa jua keadaan sekalipun, Allah perlu diutamakan supaya mendapat keberkatan hidup,” katanya.

PAMERAN berlangsung dari 1 hingga 31 Mei ini.
PAMERAN berlangsung dari 1 hingga 31 Mei ini.

Katanya, satu lagi hasil seninya adalah berkisar berkenaan Ratu Boko iaitu tapak arkeologi di Jogjakarta, Indonesia yang terdapat banyak candi.

“Dikatakan candi itu unik kerana dibuat daripada batu gunung berapi yang dibina Kerajaan Mataram sekitar abad ke-17.

“Kerajaan ini (Mataram) adalah kerajaan paling kuat dan tidak pernah dijajah Belanda.

“Kewujudan candi itu menjadi bukti penyebaran agama Hindu di negara berkenaan ketika itu,” katanya.

TERJEMAHAN seni dengan maksud tersendiri.
TERJEMAHAN seni dengan maksud tersendiri.

Jelasnya, dulu Ratu Bako adalah tempat pemujaan golongan Hindu tapi kini menjadi antara tempat tarikan pelancongan di Jogjakarta.

Seorang lagi pelukis, Ahmad Sukeri Ahmad pula mempamerkan empat karyanya bertajuk Osmosis iaitu berkenaan manusia yang mempunyai pilihan sama ada mahu memilih cara kehidupan betul atau sebaliknya.

Oleh itu, katanya, manusia perlu mempunyai ilmu pengetahuan terutama agama supaya dapat beramal dengan sempurna untuk mendapatkan reda-Nya.

ANTARA lukisan dipamerkan.
ANTARA lukisan dipamerkan.

PAMERAN LUKISAN@PREMIERA SIRI KE-3 ‘RUKUN’

• ARTIS: 7

• KARYA: 28

• TARIKH: 1 Mei hingga 31 Mei 2018

• MASA: 10 pagi hingga 8 malam

• TEMPAT: Tingkat 5, Coffee House Hotel Premiera Kuala Kumpur

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 9:18 PM