SEBAHAGIAN murid yang menerima minuman coklat lazat ketika lawatan MILO Malaysia.
SEBAHAGIAN murid yang menerima minuman coklat lazat ketika lawatan MILO Malaysia.
Fazurawati Che Lah


Sesi persekolahan 2018 baru saja bermula. Setiap tahun MILO Malaysia akan mengunjungi sekolah di seluruh negara dengan van MILO yang ikonik untuk merangsang permulaan tahun persekolahan dan memupuk tabiat mengambil sarapan dalam kalangan rakyat negara ini.

Tahun ini, MILO Malaysia meraikan hari pertama persekolahan di 35 sekolah di seluruh negara.

Menurut satu kajian berkenaan pengambilan sarapan dalam kalangan kanak-kanak sekolah, satu daripada setiap empat kanak-kanak ke sekolah tanpa mengambil sarapan.

Seorang kanak-kanak dijangka menggunakan sekitar 1,500 kcal iaitu jumlah tenaga yang sama diperlukan untuk mendaki gunung atau berenang 50 pusingan di kolam renang bersaiz Olimpik.

Ini bermakna kanak-kanak tanpa sarapan tidak akan mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi untuk satu sepanjang hari persekolahan. Malangnya, tidak ramai ibu bapa yang menyedarinya.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan MILO, Malaysia dan Singapura, Nestle Malaysia Philomena Tan berkata, lawatan tahunan ke sekolah pada tahun ini sebahagian daripada inisiatif bagi membantu ibu bapa memahami pentingnya membekalkan anak dengan sarapan yang berkhasiat dan seimbang. Ia bagi memastikan mereka mendapat tenaga untuk menghadapi hari berkenaan.

“Pada tahun lalu MILO Malaysia menjalankan satu eksperimen sosial yang dinamakan Mama Kembali ke Sekolah.

“Ia membabitkan empat ibu mengambil tempat anak mereka di sekolah dan berdepan jadual ketat yang mereka aturkan untuk anak masing-masing,” katanya.

Katanya, tujuan eksperimen ini adalah untuk membantu ibu bapa menyedari situasi sebenar aktiviti harian anak mereka.

“Jadual harian seseorang kanak-kanak itu lebih sukar daripada yang kita jangkakan.

“Bayangkan seorang murid tahun satu pergi ke sekolah tanpa sarapan. Kanak-kanak ini, tidak seperti ketika prapersekolahan apabila mereka bangun awal antara jam 5 dan 6 pagi dan mengikuti jadual tetap termasuk waktu makan.

“Mereka juga diwajibkan mengikuti pelajaran secara aktif di dalam bilik darjah dengan perut kosong. Sementara waktu rehat pula jam 10 pagi, iaitu empat jam selepas mereka bangun tidur,” katanya.

Oleh itu, MILO Malaysia menggesa ibu bapa untuk menilai semula berkenaan kepentingan menyediakan sarapan yang seimbang dan berkhasiat untuk anak bagi merangsang perkembangan fizikal dan mental.

Untuk memahami dengan lebih jelas, MILO Malaysia menggalakkan ibu bapa menyaksikan video eksperimen sosial Mama Kembali ke Sekolah di www.milo.com.my.

Tan berkata, berbeza ketika zaman sekolah rendah ibu bapa dahulu, yang kebanyakannya adalah berseronok dan bermain.

“Tapi kini persekolahan kanak-kanak lebih mencabar daripada yang kita bayangkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2018 @ 1:48 PM