MAHZURAH (kanan) dan Marisa mempamerkan 14 karya dalam Pameran Explorama A Tale of Two Sitis di Muzium Seni Asia Universiti Malaya.
MAHZURAH (kanan) dan Marisa mempamerkan 14 karya dalam Pameran Explorama A Tale of Two Sitis di Muzium Seni Asia Universiti Malaya.
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


Kebanyakan pelukis menggunakan lukisan sebagai medium bagi meluahkan sesuatu perkara berkaitan dirinya terutama pengalaman hidup.

Begitu juga dengan dua pelukis wanita tempatan ini yang berkongsi kisah berbeza mereka menerusi 14 karya dalam pameran berkumpulan bertajuk Explorama A Tale of Two Sitis di Muzium Seni Asia Universiti Malaya.

Menggunakan pelbagai medium seperti media campuran, akrilik atas kanvas dan minyak atas kanvas, lukisan genre abstrak itu mampu membuat penonton terpukau semasa menghayati hasil seni artis terbabit.

Mahzurah Shaari berkata, sebanyak tujuh karyanya dipamerkan dalam pameran berkenaan dengan salah satunya bertajuk Silence is Golden yang menunjukkan terdapat beberapa warna dalam hasil seninya itu.

ANTARA karya yang dipamerkan dalam Pameran Explorama A Tale of Two Sitis.
ANTARA karya yang dipamerkan dalam Pameran Explorama A Tale of Two Sitis.

Katanya, penggunaan warna yang berbeza menggambarkan ia adalah ‘warna-warni’ dalam kehidupannya yang bukanlah gembira sepanjang masa kerana ada kalanya diuji dengan cabaran.

“Warna hitam memainkan peranan penting dalam lukisan ini yang mengam arkan kesulitan kehidupan saya lalui sebelum ini.

“Sebelum ini, saya tercari-cari kerja yang bersesuaian dengan jiwa saya dan apabila menceburi bidang ini kira-kira dua tahun lalu, kehidupan saya semakin baik.

“Di sini kita lihat peranan warna lain selain hitam yang menerangkan perubahan itu (kehidupan semakin baik),” katanya.

Seorang lagi artis iaitu Marisa Ng berkata, lukisannya bertajuk American Koh Lipe dihasilkan ketika bercuti di Pulau Koh Lipe, Thailand pada Mei lalu bersama keluarganya.

PENGUNJUNG menghayati karya pelukis di Muzium Seni Asia Universiti Malaya.
PENGUNJUNG menghayati karya pelukis di Muzium Seni Asia Universiti Malaya.

“Secara umumnya lukisan ini menunjukkan keindahan pemandangan dan flora fauna yang terdapat di pulau berkenaan.

“Ketika melukis bertemu tiga rakyat Amerika Syarikat yang duduk berhampiran dengan ramah berbual dengan saya.

“Dalam perbualan, kami berkongsi pelbagai cerita termasuk kelebihan negara masing-masing dan tidak menyangka pertemuan tidak sengajakan itu menjadikan kami rakan,”katanya.

Beliau berkata, pergerakan berus warna bermaksud karya itu adalah lukisan bertenaga, bebas dan ekspresi.

PAMERAN Explorama A Tale of Two Sitis berlangsung 7 Oktober hingga 20 November 2017.
PAMERAN Explorama A Tale of Two Sitis berlangsung 7 Oktober hingga 20 November 2017.

PAMERAN EXPLORAMA A TALE OF TWO SITIS

• ARTIS: 2

• KARYA: 14

• TARIKH: 7 Oktober hingga 20 November 2017

• MASA: Isnin hingga Jumaat (10 pagi hingga 5 petang); Sabtu dan Ahad (12 tengah hari hingga 6 petang)

• ALAMAT: Muzium Seni Asia Universiti Malaya

• TELEFON: 03-7967 3936

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2017 @ 11:57 AM