TUNKU Iskandar (kanan) menunjukkan replika bangunan di Macau yang sememangnya popular.
TUNKU Iskandar (kanan) menunjukkan replika bangunan di Macau yang sememangnya popular.
Suliati Asri


Kemeriahan dan kepelbagaian tarikan pelancongan yang ditawarkan Macau sememangnya menggamit pelancong dari serata dunia.

Sempena cuti hujung tahun ini, Macau bersedia menerima kunjungan pelancong Malaysia yang ingin mengalami musim cuti dengan cara tersendiri.

Bagi anda yang merancang berkunjung ke Macau dan ingin mengetahui tarikan pelancongan yang menarik di sana, kempen ‘Keajaiban Musim Luruh’ yang berlangsung sehingga 5 November di pusat beli-belah Lot 10, Kuala Lumpur ini dapat membantu anda.

Dianjurkan oleh Pejabat Pelancongan Kerajaan Macau (MGTO), kempen ini memperkenalkan semua tarikan yang Macau tawarkan kepada pelancongnya.

Wakil MGTO di Malaysia Datuk Seri Tunku Iskandar Tunku Abdullah, berkata Macau juga mempunyai perayaan dan acara antarabangsa sepanjang tahun yang berjaya menawan pelancong dari seluruh dunia.

“Pelbagai perayaan dan acara yang berlangsung sepanjang tahun di Macau dan di kempen ‘Keajaiban Musim Luruh’ ini, kami mendedahkan acara antarabangsa yang ditawarkan di Macau.

“Kempen ini juga adalah peluang keemasan untuk MGTO mempromosikan Macau sebagai bandar yang menyeronokkan untuk menikmati pelbagai acara dan perayaan peringkat antarabangsa,” katanya.

PENGUNJUNG mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi pelancongan sempena Wonders of Autumn Roadshow.
PENGUNJUNG mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi pelancongan sempena Wonders of Autumn Roadshow.

Sempena kempen ini, MGTO juga melancarkan kempen pengiklanan untuk mempamerkan acara yang akan dilangsungkan di Macau melalui pelbagai media, termasuk ‘Giant Cube’ di Lot 10, rangkaian ERL, skrin digital sepanjang kawasan Bukit Bintang dan sebilangan tren MRT yang terpilih.

MGTO kini turut berusaha menyediakan pengalaman tersendiri dan istimewa untuk pelancong Malaysia.

Musim cuti ini, antara acara yang menanti pelancong termasuk Festival Makanan Macau ke-17, Suncity Group Macao Grand Prix ke-64, Maraton Antarabangsa Macao, Festival Cahaya Macau, Perbarisan Antarabangsa Macau dan Festival Filem Antarabangsa & Anugerah Macau ke-2.

Mengunjungi kempen ini, bagi pengunjung yang mempunyai anak, mereka berpeluang menonjolkan kreativiti di Creative Corner yang disediakan khas untuk mereka sempena kempen ini seperti aktiviti Lukisan Tanglung dan Lukisan Lencana 3D Macau.

Sementara ini, ibu bapa boleh mendapat maklumat lanjut mengenai pakej percutian Macau secara eksklusif daripada ejen pelancongan ketika anak melakukan aktiviti.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan promosi eksklusif yang ditawarkan oleh ejen pelancongan iaitu Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd , Airlines Booking Centre Sdn Bhd (ABC), Golden Tourworld Travel (M) Sdn Bhd (GTT) dan Prestige Vacation Network Sdn Bhd.

Pemegang akaun Facebook juga berpeluang menerima hadiah eksklusif daripada MGTO dengan menyertai ‘Rabbit Round Up Hunt, apabila mereka perlu mencari dan mengira jumlah arnab yang tersembunyi di sekitar kawasan Wonders of Autumn di Lot 10.

Jika ada merancang untuk meneroka atau berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai Macau, kunjungan ke Keajaiban Musim Luruh MGTO ini nyata tidak mengecewakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.macaotourism.gov.mo bagi merancang percutian Macau dengan gaya anda sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Oktober 2017 @ 12:01 PM