MASTER of Spinjitsu menanti pengunjung di Gurney Paragon Mall.
MASTER of Spinjitsu menanti pengunjung di Gurney Paragon Mall.
Suliati Asri


Peluang berjumpa master of Spinjitsu, watak dalam filem THE LEGO® NINJAGO® pastinya cukup mengujakan terutama buat si kecil.

Tidak hanya mengambil gambar bersama sebagai kenang-kenangan, melakukan pelbagai aktiviti menarik juga nyata memberikan keseronokan, sekali gus menjadikan penjelajahan LEGO® NINJAGO® meninggalkan kenangan tersendiri.

Itu yang pastinya dirasai terutama warga Pulau Pinang sepanjang minggu ini.

Menerusi penjelajahan LEGO® NINJAGO® bersempena tayangan filem THE LEGO® NINJAGO® Movie ke Pulau Mutiara itu, LEGO® Malaysia menyajikan kepada pengunjung ‘Masters of Spinjitsu’ dengan membawa watak filem saiz sebenar menerusi acara ‘The LEGO® NINJAGO® Challenge’.

Pengurus Besar, LEGO® Singapura dan Malaysia Leslie Falvey berkata, Siri TheLEGO® NINJAGO® menarik perhatian ramai dengan gabungan unsur lucu, aksi dan nilai murni sejak diperkenalkan pada 2011.

SI kecil turut berpeluang mendapatkan set permainan baru LEGO®.
SI kecil turut berpeluang mendapatkan set permainan baru LEGO®.

“Kami percaya The LEGO® NINJAGO® movie pasti akan menjadi satu lagi fenomena besar dan ingin sentiasa berhubung dengan peminat.

“Justeru, menerusi kerjasama erat dengan filem ini, selain menonton aksi hebat NINJAGO®, pengenalan produk dan pelbagai aktiviti yang menarik diadakan di pusat beli-belah secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat LEGO® di Malaysia untuk berseronok,” katanya.

Sepanjang sesi penjelajahan ini, pengunjung di Gurney Paragon Mall disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ‘THE LEGO® NINJAGO® Challenge’ yang mana peminat akan berlawan dengan tentera Lord Garmadon di tiga medan pertempuran yang berbeza iaitu dojo, jitsu dan kawasan mech.

Setiap kawasan akan menguji semangat ninja, sekali gus menjadikan mereka ninja sepenuhnya yang memiliki keberanian, ketabahan dan kerja berpasukan.

Berjaya melengkapkan semua tiga cabaran itu, pengunjung akan mara ke peringkat seterusnya untuk mereka cipta sendiri LEGO® NINJAGO® Minifigure Avatar yang boleh dibawa pulang dengan sebarang pembelian LEGO®.

ANTARA set Ninjago Challenge yang boleh dilihat di Gurney Paragon Mall.
ANTARA set Ninjago Challenge yang boleh dilihat di Gurney Paragon Mall.

Pengunjung juga berpeluang bergambar bersama maskot LEGO® NINJAGO® iaitu Kai dan Llyod yang bergilir-gilir menemui peminat pada Jumaat hingga Ahad.

Malah, pengunjung juga berpeluang berkongsi pengalaman mereka berkaitan The LEGO® NINJAGO® movie menggunakan hashtag #NINJAGOChallenge dan #LEGOMY.

Begitu juga dengan penyediaan cenderahati ekslusif LEGO® NINJAGO® Movie yang baru dilancarkan dan menikmati pelbagai promosi* bagi set LEGO® kegemaran anda.

Bermula 29 September lalu, acara ‘THE LEGO® NINJAGO®’ di Gurney Paragon Mall ini dijangka berakhir pada 8 Oktober ini.

Layari http://lego.build/NINJAGOChallengePenang untuk maklumat lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Oktober 2017 @ 10:28 AM