PESERTA yang terbabit menjalankan kerja amal di Kem Pelarian Rohingya yang terletak di Shareen Bagh.
PESERTA yang terbabit menjalankan kerja amal di Kem Pelarian Rohingya yang terletak di Shareen Bagh.
DELEGASI tekun mendengar penerangan yang disampaikan.
DELEGASI tekun mendengar penerangan yang disampaikan.
BERTUNGKUS-LUMUS membersihkan kawasan Kem Pelarian Rohingya di Shareen Bagh.
BERTUNGKUS-LUMUS membersihkan kawasan Kem Pelarian Rohingya di Shareen Bagh.
SUHU serendah sembilan darjah Celsius, suasana sunyi menyelubungi kem pelarian yang menempatkan pondok kecil berlantaikan kain berbumbungkan zink usang.
SUHU serendah sembilan darjah Celsius, suasana sunyi menyelubungi kem pelarian yang menempatkan pondok kecil berlantaikan kain berbumbungkan zink usang.
Siti Fatimah Abdullah


Suasana sunyi menyelubungi Kem Pelarian Rohingya di daerah Shareen Bagh, India yang menempatkan ramai pelarian di pondok kecil usang berlantaikan kain dan berbumbungkan zink.

Itu yang dialami dan disaksikan peserta Persidangan Belia Antarabangsa Komanwel 2017 ketika mengadakan lawatan ke kem berkenaan untuk kerja amal.

Suhu sejuk serendah sembilan darjah Celcius di kawasan itu turut membuatkan penulis tertanya-tanya bagaimana pelarian bersama anak yang masih kecil melalui kehidupan dalam keadaan mencabar?

Keadaan itu cukup menyentuh hati bukan saja penulis tetapi juga peserta lain dan masing-masing tanpa segan silu menitiskan air mata ketika wartawan asing membuat liputan di kem berkenaan.

Peserta Jumardi Ladun, 25, berkata, kehidupan pelarian di kem terbabit sangat susah dan melarat selain mereka hanya bergantung pada hasil jualan kutipan sampah.

“Anak kecil terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer setiap hari ke sekolah dengan jalan penuh debu.

“Apa yang kami lalui dan lihat di kem itu benar-benar memberikan keinsafan agar mensyukiri nikmat Allah,” katanya kepada Nuansa.

Persidangan Belia Antarabangsa Komanwel 2017 dianjurkan oleh Universiti Delhi dengan kerjasama Pertubuhan Belia Komanwel, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) serta Jaringan Belia Kedutaan Komanwel (CYPAN).

Program ini diadakan untuk memberi latihan rundingan diplomatik dan kepemimpinan di samping menjadi platform global kepada pemimpin belia dari 52 negara Komanwel seperti United Kingdom, Kanada, Indonesia, Afghanistan, Malawi, Uganda dan Afrika Selatan bagi membincangkan resolusi isu antarabangsa.

Persidangan ini berlangsung selama 18 jam di Fakulti Undang-Undang, Universiti New Delhi yang dihadiri tetamu kehormat, 104 pemimpin belia dari 52 negara.

Katanya, dia terpilih menyertai Persidangan Belia Antarabangsa Komanwel selama lima hari dan lawatan ke kem terbabit adalah salah satu pengisian program berkenaan selepas menulis esei berkaitan idea yang dapat disumbang bagi memperkasa inisiatif global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Agenda Pembangunan Mapan Pasca 2015.

Berkongsi lanjut pengalamannya, Jumardi berkata, setibanya di kem pelarian, delegasi diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan dijalankan dalam menyempurnakan misi amal seperti gotong-royong membersihkan kawasan dan menghulurkan sumbangan peralatan sekolah, pakaian serta makanan kepada pelarian.

“Peserta diingatkan tidak mengambil gambar pelarian kerana mereka kurang selesa, masih trauma dan kurang selesa bergaul dengan orang orang luar.

“Menurut pengiring kami yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pelarian Rohingya, Ali Johar, kem pelarian Shareen Bagh antara terjaga dari segi sumber air tetapi apa yang dilihat adalah sebaliknya,” katanya.

Katanya, kehadiran mereka disambut gembira oleh sekumpulan kanak-kanak yang datang dalam keadaan tidak terurus membuatkannya terbayang betapa bertuahnya kanak-kanak di Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Ogos 2017 @ 12:52 PM