Najib memberi taklimat kepada perwakilan UMNO, malam tadi.
Najib memberi taklimat kepada perwakilan UMNO, malam tadi.
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi penerangan panjang lebar berkaitan isu ekonomi, derma sebanyak RM2.6 bilion dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada majlis Taklimat Presiden malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, taklimat sempena Perhimpunan Agung UMNO 2015 itu menjelaskan fakta berkaitan isu berkenaan.

"Mengenai derma itu, Datuk Seri Najib menyebut bahawa penderma terbabit sudah diketahui oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan penderma tidak meminta sebarang balasan," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Ahmad Zahid berkata, perwakilan memahami dan menerima baik penjelasan Perdana Menteri.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 12:17 AM