LELAKI Rohingya yang berjaya diselamatkan.
LELAKI Rohingya yang berjaya diselamatkan.
Oleh Hadzlihady Hassan

Balik Pulau: Polis berjaya menyelamatkan 54 lelaki etnik Rohingya yang dikurung di sebuah rumah teres dua tingkat di Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, semalam.

Serbuan dilakukan jam 5 petang oleh sepasukan polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri selepas melalukan risikan dan siasatan.

Menurut sumber, ketika diselamatkan kebanyakan daripada mangsa dalam keadaan lemah kerana hanya diberikan makan sekali sehari.

"Selain itu, siasatan juga mendapati mereka turut dipukul dengan besi dan paip getah.

"Berikutan itu, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai ahli sindiket terbabit," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 November 2014 @ 11:35 AM