Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa. FOTO ihsan bomba
Oleh Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Dua maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45.2 Lebuhraya Senai-Desaru dekat Pasir Gudang, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Abd Samad Salleh berkata, kemalangan kira-kira 6.30 pagi itu membabitkan lori tangki, dua Proton Wira, Datsun dan Perodua Alza.

Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenal pasti sebagai Tan Hock Sing@Mohamed Abdullah, 68, berasal dari Tanjung Sedili Kota Tinggi dan Haris Yusuf, 53, dari Panchor Jaya, Seremban, Negeri Sembilan.

Mangsa yang parah pula dikenal pasti sebagai Mohd Ariffin Ngah dan dia dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 12:01 PM