Latar belakang: Sentiasa bersiap sedia untuk mencegah kuman demi keluarga yang lebih sihat

Kanak-kanak masa kini membesar dan terdedah kepada pelbagai suasana dan persekitaran yang berbeza daripada apa yang kita alami dulu.

Zaman buku mewarna dan bersuka ria di taman permainan kanak-kanak yang berhampiran sudah berlalu. Kanak-kanak zaman sekarang lebih seronok bermain telefon dan belajar menggunakan aplikasi pada tablet.

Masihkah anda ingat satu masa dulu bila kanak-kanak seronok berlari-lari di luar tidak kira panas atau hujan, tanpa khuatir mereka akan jatuh sakit. Tatkala itu pengambilan dos harian vitamin C dan ubat tradisional boleh menjamin gaya hidup yang sihat.

Kini, ibu bapa tidak boleh lagi mengharapkan khasiat kebaikan oren untuk menguatkan sistem imun. Sebaliknya zat tambahan harian perlu disokong oleh pelbagai pilihan produk antibakteria seperti pembersih tangan, tisu basah, cucian tangan dan cucian badan antibakteria sebagai langkah berjaga bagi memastikan keluarga mereka bebas daripada ancaman kuman.

Penyelidikan dan penemuan

Ada sebab munasabah mengapa ini berlaku, kerana kuman membiak dengan cepat dan bertambah kuat menyebabkan jangkitan baru, untuk tempoh lebih lama dan lebih kerap.

Tahap keimunan yang baik dan amalan menjaga kebersihan peribadi kini tidak cukup, kerana keadaan alam sekitar juga memainkan peranan dalam usaha kita menentang kuman.

Dengan kuman sekarang yang mempunyai daya jangkitan lebih tinggi, ibu bapa kini perlu lebih menitikberatkan kesihatan anak mereka serta berusaha menjauhkan kuman daripada anak tersayang.

Kebimbangan mereka dan usaha memastikan anak selamat daripada kuman sudah sampai ke tahap paranoid dan obsesi pada sesetengah ibu bapa terlalu memikirkan soal pelindungan kuman dan kebersihan seisi keluarga.

Laporan menunjukkan, kuman yang dianggap sudah terkawal misalnya tibi kini muncul semula dengan daya jangkitan lebih kuat (TDR-TB).

Sesetengah jenis kuman baru seperti Methicillin Resistant S Aureus (MRSA) dan NDM1 telah membina keupayaan untuk menentang kesan antibiotik, lantas menjejaskan rawatan.

Tahun ini, sejumlah 13,497 kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah dilaporkan di seluruh negara, iaitu purata 964 seminggu.

Ia peningkatan 83 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan 7,368 kes.

Kuman seperti ini mudah merebak namun mudah dicegah. Amalan menjaga kebersihan yang wajar menerusi langkah mudah seperti membasuh tangan secara kerap ialah barisan pertahanan pertama terhadap kuman, menjadikan pencegahan lebih baik daripada rawatan.

Tidak hairanlah semakin ramai ibu bapa muda yang mengambil pendekatan semula jadi atau organik untuk menjaga anak mereka.

Bagaimanapun, implikasi tindakan seperti ini amat meluas dan memberi kesan terhadap kesihatan anak kita selama bertahun.

Pada 2013, kurang daripada 500 ibu bapa menolak pemvaksinan, dan bilangan ini telah meningkat kepada 1,300 kes pada 2014. Sehingga Mei tahun ini, angka itu sudah mencecah 1,054.

Trend ini boleh dihubungkaitkan dengan peningkatan kejadian campak, tetanus dan batuk kokol, penyakit yang boleh dikekang dengan mudah jika kanak-kanak divaksinkan seperti masa lalu.

Sebaliknya, ibu bapa kini lebih cenderung dengan alternatif seperti ubat tradisional apabila mendapatkan rawatan. Bilangan kanak-kanak yang semakin terdedah kepada jangkitan dan penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan pada usia muda telah menyebabkan tahap imun rendah apabila dewasa kelak.

Mengapa kuman kini menjadi semakin kuat

- Secara beransur-ansur, kuman telah membina daya rintangan terhadap antibiotik.

- Ubat yang lebih kuat dan terkhusus telah dicipta, setiap satu dengan manfaat awal, tetapi ia mesti digantikan secara berterusan dengan sesuatu yang lebih kuat. Kini 'super germ' sukar dirawat.

- Orang ramai tidak begitu mengendahkan kebersihan peribadi kerana mereka tidak sedar pelbagai cara kuman boleh merebak

- Pengumpulan bakteria berterusan pada permukaan apabila kita tidak membersihkan atau membasmi kuman dengan baik.

Mengapa perlindungan kuman penting untuk kekal sihat

- Perlindungan kuman ialah barisan pertahanan pertama terhadap penyebaran kuman.

- Mengurangkan kemungkinan jatuh sakit

- Mengurangkan risiko orang sakit menyebarkan kuman.

Bagaimana kuman boleh merebak

- Dari hidung, mulut atau mata ke tangan orang lain: Kuman boleh disebarkan ke tangan menerusi bersin, batuk atau gosokan mata seterusnya boleh dipindahkan kepada ahli keluarga atau orang lain.

- Dari tangan ke makanan: Biasanya kuman dipindahkan dari tangan yang tidak bersih ke makanan oleh penyedia makanan dijangkiti yang tidak mencuci tangannya. Kuman kemudian boleh menjang­kiti mereka yang makan makanan itu.

- Dari makanan ke tangan ke makanan: Kuman dipindahkan dari makanan mentah, seperti ayam, ke tangan semasa menyediakan makanan. Kuman pada tangan kemudian dipindahkan ke makanan mentah lain, seperti salad. Memasak makanan mentah membunuh kuman di peringkat awal, tetapi salad masih tercemar.

- Dari kanak-kanak terjangkit kepada kanak-kanak lain: Kuman dipindahkan dari kanak-kanak yang mengalami cirit-birit ke tangan ibu bapa semasa menukar lampin. Jika ibu bapa tidak mencuci tangan serta-merta, kuman yang menyebabkan cirit-birit kemudian dipindahkan kepada orang lain.

- Dari permukaan kepada individu: Kuman boleh diperolehi apabila seseorang menyentuh permukaan yang dicemari kuman, dan kemudian menyentuh mukanya, luka atau lebam pada badannya.

Bagaimana kita mencegah penyebaran kuman

- Kerap mencuci tangan dalam sehari boleh membantu mencegah penyebaran kuman.

- Lebih prihatin terhadap bahan yang digunakan dalam sabun antibakteria (perlindungan kuman, pencucian dan penjagaan kulit).

- Cuba gunakan sabun dwifungsi yang mempunyai Activ Naturol Shield untuk perlindungan kuman dan penjagaan kulit anda yang lebih baik. Ahli sains telah mengkaji beribu tumbuhan untuk mengekstrak bahan yang membantu menjauhkan penyakit, dan inilah yang dinamakan Activ Naturol Shield.

Hakikatnya, keimunan ialah sesuatu yang perlu kita ambil berat tidak kira menerusi langkah semula jadi atau pendekatan saintifik. Keseimbangan yang baik diperlukan untuk terus mengatasi jangkitan kerana mencegah lebih baik daripada merawat.

Kita hendaklah mengambil langkah untuk memastikan anak dilindungi kerana jika mereka jatuh sakit, tumbesaran dan pengalaman hidup akan terjejas dengan ketara.

Sentiasa bersiap sedia untuk menentang ancaman kuman dan pastikan kesihatan keluarga anda dijaga baik menerusi amalan kebersihan yang menyeluruh dengan produk perlindungan kuman yang berkesan selain mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Lifebuoy Clini-Shield 10 Baru

- Clini-Shield 10 dengan Activ Naturol Shield adalah sabun antibakteria terbaru Lifebuoy yang memberi anda perlindungan kuman sekurang-kurangnya 10 kali* dan perlindungan kulit lebih baik.

- Activ Naturol Shield telah ditemui oleh ahli sains sebagai bahan yang wujud secara semula jadi dalam sap pokok pain dan daun taim yang membantu membasmi kuman dengan lebih berkesan dan memberikan perlindungan tambahan kepada kulit anda.

Lifebuoy Clini-Shield 10 disediakan dalam bentuk sabun buku dan cucian badan dalam dua pilihan berbeza:

- Lifebuoy Clini- Shield 10 Complete dengan Activ Naturol Shield memberikan perlindungan kuman 10 kali* dan penjagaan kulit lebih baik untuk perlindungan badan yang menyeluruh.

- Lifebuoy Clini-Shield 10 Fresh dengan Activ Naturol Shield memberikan 10 kali perlindungan kuman* dan penjagaan kulit lebih baik dengan kenyamanan semula jadi yang menyegarkan untuk perlindungan badan yang menyeluruh.

*berbanding sabun tanpa bahan aktif. Menurut ujian makmal terhadap petunjuk organisma.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 5:00 AM