ANGGOTA penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan dalam serbuan.
ANGGOTA penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan dalam serbuan.
Oleh Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling dan Fardy Bungga

Bangi: Sidang media yang sepatutnya menjadi medan untuk menjelaskan isu mengenai gerakan Hizbut Tahrir akhirnya bertukar menjadi episod penamat kepada empat pemimpin fahaman itu selepas mereka ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) petang semalam.

Dalam serbuan jam 3.50 petang itu, salah seorang pemimpin berkenaan sempat mengadakan sidang media yang berlangsung selama 39 minit bagi menjelaskan tindakan Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan kumpulan itu sebagai haram sebelum diserbu JAIS.

Sidang media itu turut dihadiri wartawan akhbar ini dan juga beberapa media tempatan lain untuk mendengar penjelasan pemimpin Hizbut Tahrir berkenaan.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata, penahanan itu dilakukan berikutan kesalahan mengikut Seksyen 12 dan Seksyen 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

“Empat lelaki berusia lingkungan 40-an hingga 50-an ditahan untuk siasatan lanjut kerana disyaki melakukan kesalahan mempertikai fatwa yang berkuat kuasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Disember 2015 @ 6:07 AM